LONDON: Mikroskop kepunyaan Charles Darwin dilelong pada harga £598,000 (kira-kira RM3.36 juta) di London.
Lelongan itu dilakukan semasa jualan "Buku dan Manuskrip Berharga" anjuran rumah lelongan Christie.
Ini merupakan jualan tertinggi berkaitan objek saintifik dari abad ke-19.
Mikroskop tersebut direka oleh Charles Gould untuk Syarikat Cary sekitar tahun 1825.
Tarikah pembuatannya selari dengan zaman ketika Charles Darwin mengkaji tumbuhan zoofit serta organisme seperti batu karang dan anemone laut.
Menurut Christie, mikroskop tersebut antara enam milik ahli alamiah Britain.
Salah satu daripadanya masih disimpan di Down House, bekas kediaman keluarga Darwin dan juga tempat di mana beliau mengkaji teori pemilihan semula jadi.
Sebelum ini Christie menjangkakan mikroskop yang dilelong itu akan mencecah harga jualan di antara £250,000 dan £350,000.
"Mikroskop milik Charles Darwin ini mencecah harga jualan tertinggi bagi objek saintifik abad ke-19.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Keluarga Darwin kerana memberi kami kepercayaan dengan objek sejarah penting ini," kata Ketua Instrumen Saintifik dan Sejarah Alam Christie, James Hyslop.
Jumlah keseluruhan daripada acara jualan tersebut mencecah kira-kira £4 juta (kira-kira RM22.4 juta) untuk rumah lelongan itu.
Astro Awani
Fri Dec 17 2021
Mikroskop milik Charles Darwin ini mencecah harga jualan tertinggi bagi objek saintifik abad ke-19. - Foto AP
Niaga AWANI: ISWC 2024: Navigating Retirement Savings & Diversified Investments
Host of FAQ Show, Frankie Lim discusses the importance of retirement planning in today's economy, differences between traditional savings and investment vehicles, and balancing risk and reward in diversified portfolios at ISWC 2024. It covers age-specific investment options, common planning mistakes, inflation's impact, and the need for financial literacy. The consensus is that retirement planning should be tailored to individual circumstances.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Aktif berlari, Airulmi kini miliki lebih 300 kasut larian
Koleksi kasutnya itu adalah 'hasil usaha' membuat ulasan visual serta berkongsi pandangan di YouTube, mengenai ilmu serta pengalaman dengan orang ramai.
Niaga AWANI: ISWC 2024: Kehidupan lebih bermakna hanya sekadar impian?
Apa kunci utama untuk memastikan kesejahteraan sosial yang mampan dan inklusif bagi semua lapisan masyarakat?
Perkongian lanjut bersama Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof Emeritus Datuk Dr Norma Mansor.
#NiagaAWANI
Perkongian lanjut bersama Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof Emeritus Datuk Dr Norma Mansor.
#NiagaAWANI
Rakyat Melaka, pemastautin masuk percuma ke destinasi pelancongan bermula 24 Ogos ini
Tawaran masuk percuma itu melibatkan antaranya Zoo Melaka, Melaka River Cruise, Menara Taming Sari dan Muzium Melaka.
Kastam arah kontena dari Israel keluar dari negara ini
Kejadian berlaku sekitar jam 12.03 tengah hari Selasa, selepas kenderaan itu memasuki terowong mesin pengimbas di Kompleks ICQS Padang Besar.
AWANI Pagi: Hari Alam Sekitar: Berjayakah kempen tanam pokok?
Diskusi 8.30 hari ini sempena Hari Alam Sekitar, merungkai persoalan sejauh mana kejayaan kempen tanam pokok selama ini, bersama Prof. Dr. Ahmad IsmaiI, Presiden Persatuan Ekologi Malaysia.
Niaga AWANI: ISWC 2024: Mereformasi Rangka Kerja Pencen & Persaraan
Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Zulqarnain Onn membincangkan cabaran penuaan dan persaraan, dengan fokus pada reformasi dasar, inisiatif KWSP, serta adaptasi amalan terbaik antarabangsa menerusi ISWC 2024. KWSP menekankan penstrukturan semula akaun dan strategi pelaburan untuk memastikan kestabilan kewangan pesara.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Malaysian investment in UK properties
Head of Residential Sales, British Land, Simon Capp, and Head of Sales, JLL Malaysia, Chong Shu Ling delve into the trend of Malaysians purchasing and investing in properties in UK, providing comprehensive overview of the motivations, preferences, and economic implications of investing there.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
MARA lahirkan lebih 60,000 usahawan, cipta 68,000 peluang pekerjaan
MARA menyediakan ekosistem keusahawan yang lengkap merangkumi pelbagai pembangunan antaranya modal insan dan kemudahan sokongan.
Novan Amirudin dilantik CEO Kumpulan CIMB mulai 1 Julai
Sejak menyertai CIMB pada 2022, Novan telah mengubah GWB dan melaksanakan model operasi baharu untuk mempertajam fokus dan pelaksanaannya.
Pelajar umur 48 tahun menangis dapat pegang mikroskop
Disebabkan masalah kewangan, wanita ini pernah terpaksa melupakan niat meneruskan zaman persekolahan.
Mikroskop milik Charles Darwin cecah RM3.36 juta
Mikroskop tersebut direka oleh Charles Gould untuk Syarikat Cary sekitar tahun 1825.