PUTRAJAYA: Seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan memiliki 1.3 kilogram kokain.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan Ismetch Mohamad Rosli menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu 4 Nov 2016.
Ismetch telah menerima tawaran pendakwaan yang mengurangkan pertuduhan terhadapnya daripada mengedar kepada memiliki dadah itu.
Ismetch, 30, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana mengedar dadah di kawasan pemeriksaan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.45 petang, 4 Nov 2016 dan dijatuhi hukuman mati.
Terdahulum, peguam Gurubachan Singh Johal merayu agar mahkamah mengenakan hukuman penjara lapan tahun kerana Ismetch sudah meringkuk di dalam penjara selama enam tahun dan ingin meneruskan hidupnya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datin Asmah Musa berkata demi kepentingan awam, berdasarkan jumlah dadah, hukuman penjara yang wajar dijatuhkan ke atas tertuduh ialah antara 12 hingga 16 tahun.
Beliau berkata mesej yang jelas perlu diberikan bagi mencegah individu lain melakukan kesalahan sama dan dadah dimiliki Ismetch adalah daripada jenis yang paling mahal.
Panel sama turut mengekalkan hukuman mati ke atas seorang warga Myanmar iaitu Htwee Nu Maung kerana membunuh rakannya, Thu Ni, di kuarters pekerja Syarikat Shin Poly Auto Sdn Bhd, Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam, Selangor antara 11.30 malam 18 Jun 2016 dan 1.10 pagi 19 Jun 2016.
Htwee didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi individu yang masih bebas.
Hashim, yang menyampaikan keputusan panel itu, berkata keterangan mengikut keadaan menunjukkan penglibatan tertuduh dalam insiden kematian mangsa.
Htwee, 42, yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 10 Sept 2019, diwakili peguam K.Viknesvaran manakala Timbalan Pendakwa Raya Parvin Hameedah dan Nurul Farhana Khalid hadir bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2022
Seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan memiliki 1.3 kilogram kokain. - Gambar hiasan
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Miliki 1.3 kg kokain: Nelayan dihukum penjara 12 tahun, 10 sebatan
Seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan memiliki 1.3 kilogram kokain.