KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang penganggur membela diri atas pertuduhan mengedar dan memiliki dadah dua tahun lepas.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohammad Adhib Kabhir Yazid, 35.
Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan teman wanitanya, Dayang Amiza Mohd Yusof, 40, daripada pertuduhan sama.
Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata tindakan tertuduh yang terus memecut kereta selepas diarah berhenti oleh pihak polis adalah tidak munasabah dan menunjukkan dia tahu bahawa dadah itu berada di dalam kenderaannya.
"Dadah tersebut berada dalam jagaan dan kawalan tertuduh yang mempunyai kuasa untuk berurusan dengan dadah dan bahan psikotropik dan bukan tertuduh kedua (Dayang Amiza)... oleh itu, mahkamah mendapati niat bersama gagal dibuktikan terhadap tertuduh kedua dan kes prima facie dapat dibuktikan terhadap tertuduh pertama atas semua pertuduhan.
"Oleh itu, tertuduh kedua dilepaskan dan dibebaskan daripada semua pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri manakala kes prima facie dapat dibuktikan terhadap tertuduh pertama bagi semua pertuduhan berdasarkan keterangan-keterangan di mahkamah yang boleh dipercayai," katanya.
Hakim itu turut memaklumkan Mohammad Adhib bahawa bagi tujuan membela diri, dia mempunyai tiga pilihan iaitu berdiam diri, memberi keterangan di dalam kandang tertuduh secara tidak bersumpah atau memberi keterangan bersumpah di kandang saksi yang boleh disoal balas.
Tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah.
Mahkamah kemudian menetapkan 12 Julai depan untuk perbicaraan.
Dia didakwa mengedar 60.65 gram metamfetamina di Batu 6, Jalan Cheras, hadapan Cheras Sentral di sini pada 2.30 pagi 14 Jun 2021 mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mohammad Adhib juga didakwa memiliki 5.22 gram kanabis di tempat dan pada masa serta tarikh sama mengikut Seksyen 6 ADB 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut berdepan dakwaan memiliki 3.69 gram heroin dan monoasetilmorfin di tempat dan pada masa serta tarikh sama mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa memiliki bahan psikotropik iaitu 3.64 gram Flualprazolam di lokasi dan pada tarikh serta masa sama mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala peguam J. Kuldeep Kumar mewakili Mohammad Adhib manakala Dayang Amiza diwakili peguam Haris Salleh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan seorang penganggur membela diri atas pertuduhan mengedar dan memiliki dadah dua tahun lepas. - Gambar hiasan
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
Miliki dadah: Penganggur diperintah bela diri, kekasih bebas
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan seorang penganggur membela diri atas pertuduhan mengedar dan memiliki dadah dua tahun lepas.