awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Miliki kad pengenalan palsu: 27 warga Indonesia dipenjara tiga bulan, dua didenda

Bernama
Bernama
02/03/2023
10:19 MYT
Miliki kad pengenalan palsu: 27 warga Indonesia dipenjara tiga bulan, dua didenda
Seramai 27 warga Indonesia dihukum penjara tiga bulan manakala dua rakan mereka didenda RM2,000 dan RM3,000 oleh tiga Mahkamah Majistret hari ini kerana memiliki kad pengenalan palsu, bulan lepas. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Seramai 27 warga Indonesia dihukum penjara tiga bulan manakala dua rakan mereka didenda RM2,000 dan RM3,000 oleh tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki kad pengenalan palsu, bulan lepas.
Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 70 tahun itu dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa, Zhafran Rahim Hamzah dan Muhammad Iskandar Zainol.
Bagi 27 tertuduh yang dihukum penjara ialah Slamet Riyanti Kasirin, Sumianti Lahadi, Beretia Badulu, Riski Lasada, Nurlia Haeruddin, Anugerah Syaripuddin, Dawi Sadida, Husna Lino, Roslia Borak, Andi Nur Aishah Akbar, Putri Mawarni, Dedi Saputra Ismail, Paridah Parangai, Herianti M Arif, Hadi Badrosa, Karyawati Langka, Nurhaidah Iwan, Ita Lappa, Hernawati Cagga, Hitrana Ghafar, Nor Ahmad Ali, Enceng Sateng, Ratna Dewi Uti, Rohana Baso, Ainol Mardiah Amirudin, Ani M Tahir dan Hadilah Kacok.
Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 27 Feb lepas.
Dua lagi tertuduh iaitu Kasmira Pirman didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan manakala Suriati Abu Tahir didenda RM2,000 atau penjara dua bulan
Mengikut pertuduhan, mereka yang merupakan pekerja kilang didakwa tanpa kuasa yang sah, memiliki kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Taman Perindustrian Puchong, Seksyen 6 di sini, pada 10.30 pagi, 27 Feb lepas.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Norfadilah Shaari dan Zulkarnain Ahmad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kad pengenalan palsu
#hukum penjara dan denda
#warga Indonesia
#Mahkamah Majistret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan