Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini mencadangkan supaya kerajaan menimbangkan pemberian satu kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam yang memiliki kelayakan tinggi namun menyandang jawatan dengan syarat pengambilan lebih rendah.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata saranan itu dilihat bersesuaian kerana ada penjawat awam sekarang memiliki kelayakan seperti diploma dan ijazah namun memegang jawatan dengan menggunakan kelayakan lebih rendah seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"CUEPACS tidak ada statistik jelas, cuma sebahagian besar pengambilan baharu sekarang memiliki kelayakan tinggi daripada kelayakan asas, kalau syarat jawatan tersebut hanya SPM tetapi penyandang sebenarnya ada diploma dan ijazah.
"Sepatutnya kerajaan menimbangkan kadar upah yang lebih baik kepada penjawat awam ini untuk menyaingi kos sara hidup pada masa sekarang. Jadi kita tuntut supaya kerajaan menimbang insentif satu kenaikan gaji sebagai tambahan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Santai Bersama Presiden CUEPACS sempena Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia kali ke-14, di sini hari ini.
Sementara itu, Azih berkata CUEPACS juga melihat keperluan agar kerajaan mewujudkan sekolah pengurusan stres di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) supaya dapat menangani masalah penjawat awam tertekan semasa dalam perkhidmatan mereka.
Beliau berkata pihaknya amat terkesan dengan keadaan penjawat awam dalam beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang kadangkala terpaksa bekerja dalam keadaan tekanan.
"Situasi stres ini berlaku kerana mereka terpaksa bekerja dalam keadaan kakitangan tidak cukup, saya beri contoh di sebuah klinik di Wilayah Persekutuan hanya ada tujuh pekerja tetapi pesakit ramai setiap hari. Keadaan ini seterusnya menyebabkan kakitangan tertekan dan akhirnya mereka mempunyai kad rawatan psikiatri.
"Solusi pertama yang kita minta ialah supaya kerajaan menimbang mewujudkan sekolah pengurusan stres di INTAN. Kedua kerajaan perlu lihat struktur dan perkhidmatan agensi yang berhadapan dengan stres seperti KKM dan KPM, kakitangan tak cukup sedangkan perkhidmatan perlu diberikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 23 2019

Azih berkata saranan itu dilihat bersesuaian kerana ada penjawat awam sekarang memiliki kelayakan seperti diploma dan ijazah namun memegang jawatan dengan menggunakan kelayakan lebih rendah. - Gambar fail/BERNAMA
Generasi Sandwich: Bebanan bertambah, sokongan institusi diperlukan
Generasi Sandwich yang merujuk kepada kumpulan yang terhimpit antara tanggungjawab dan terkesan dengan bebanan tugasan menyaksikan peningkat jumlah wanita yang tergolong dalam kelompok itu.

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.

PKPB: Waktu bekerja empat jam sehari di pejabat terlalu singkat - MEF
Datuk Shamsuddin Bardan berkata panduan yang diumumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menjejaskan operasi industri dan syarikat yang terlibat.

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam tidak sensitif - Azih
Azih berkata, kenyataan itu juga menunjukkan LPPSA seolah-olah tidak mempunyai sensitiviti langsung terhadap situasi ekstrem yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini.

Pemansuhan BIPK: Mutu perkhidmatan awam terjejas - Cuepacs
Presidennya, Adnan Mat menyifatkannya sebagai langkah yang terbelakang kerana wujudnya dua bayaran upah yang berbeza untuk jawatan yang sama di bawah majikan dan kerajaan yang sama.

Cuepacs cadang kerajaan semak semula gaji penjawat awam setiap lima tahun
Ini kerana gaji semasa penjawat awam khususnya kumpulan sokongan hanya mampu dibelanja untuk tempoh dua minggu termasuk pembayaran bil-bil utiliti, pembetungan, telefon dan makan minum di rumah.

Wujudkan dasar pengurusan stres kepada penjawat awam - Cuepacs
Kerajaan digesa mewujudkan dasar pengurusan stres bagi membantu kakitangan awam yang menghadapi tekanan melampau di tempat kerja.

Henti lakukan tugas kewangan sekolah - Cuepacs
Seramai 1,084 pembantu tadbir (perkeranian/operasi) di sekolah di Perak yang menjalankan tugas kewangan dinasihatkan untuk berhenti melakukan tugas tersebut.

Cuepacs rayu kerajaan tidak gabung UMT, UNISZA
Dua universiti itu mempunyai matlamat yang berbeza, selain penggabungan itu akan mengecilkan bilangan universiti di Malaysia.

Belanjawan 2020: Pertimbang elaun kesusahan bandaraya, selaraskan elaun COLA - CUEPACS
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan elaun kesusahan bandaraya.

Belanjawan 2020: CUEPACS harap kerajaan beri bonus sebulan gaji
CUEPACS berharap khabar gembira akan mengiringi penjawat awam dengan pengumuman bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji kepada kumpulan pekerja ini di seluruh negara dalam pembentangan Belanjawan 2020.

Cuepacs cadang kerajaan perkenal Skim Persaraan Anjal
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mewujudkan Skim Persaraan Anjal.