awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKM pantau rapi, sah maklumat dengan saluran rasmi situasi virus Nipah di India
Gempa bumi sederhana landa Yogyakarta tengah hari tadi
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak, Sabah bermula Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MINDEF peruntuk RM850,000 laksana 17 Projek Jiwa MADANI ATM di Melaka

Bernama
Bernama
27/01/2026
06:46 MYT
MINDEF peruntuk RM850,000 laksana 17 Projek Jiwa MADANI ATM di Melaka
Khaled berkata program itu satu daripada inisiatif di bawah Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) yang bertujuan mengukuhkan hubungan, membina kepercayaan dan meningkatkan kesedaran komuniti. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan RM850,000 bagi melaksanakan 17 projek di bawah Program Jiwa MADANI Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka, kata Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata program itu satu daripada inisiatif di bawah Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) yang bertujuan mengukuhkan hubungan, membina kepercayaan dan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap peranan bersama dalam mempertahankan kedaulatan negara.
"Projek yang dilaksanakan ini akan memberikan tumpuan kepada projek yang menyumbang kepada kesejahteraan sesuatu komuniti contohnya baik pulih pagar bagi kawasan tanah perkuburan di Kampung Cheng ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Jiwa MADANI Kementerian Pertahanan 2026 di Masjid An-Najwan, Cheng di sini hari ini.
Hadir sama Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin, Ketua Setiausaha MINDEF Datuk Lokman Hakim Ali, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Azhan Md Othman, Panglima Medan Barat Tentera Darat Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman dan Panglima 3 Divisyen Mej Jen Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad.
Pada majlis itu, sebanyak RM50,000 diperuntukkan bagi menyenggara pagar Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Najwan.
Kerja-kerja berkenaan dilaksanakan secara gotong-royong melibatkan pegawai dan anggota tentera serta masyarakat setempat.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata ATM sentiasa membuka ruang kerjasama dengan kerajaan negeri untuk melaksanakan projek fizikal dalam usaha mengurangkan kos.
"Mungkin kalau pakai kontraktor RM200,000 boleh dapat satu projek tapi kalau dilaksanakan secara gotong-royong dengan kerjasama daripada ATM, mungkin boleh buat tiga projek dengan peruntukan tersebut," katanya.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Program Jiwa MADANI
#Mindef
#ATM
#Kementerian Pertahanan
#Mohamed Khaled Nordin
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan