KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi meningkatkan kuota pelajar lepasan Maktab Tentera Diraja (RMC) dalam Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hingga 40 peratus.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dilihat perlu memandangkan berdasarkan maklum balas yang diterima, graduan UPNM mempunyai kadar kebolehpasaran yang tinggi di kalangan majikan.
Jelasnya lagi, UPNM merupakan institusi yang menitikberatkan akademik dan ketenteraan, dan lebih ramai lepasan RMC cukup sesuai untuk ditempatkan di universiti tersebut.
"Jadi kita akan menyuarakan pandangan kita kepada KPT untuk membuka lebih banyak ruang kepada pelajar-pelajar RMC untuk memasuki UPNM, kerana kemasukan ke universiti ini adalah di bawah KPT.
"(Kuota) sekarang 10 peratus, mungkin boleh dinaikkan sehingga 30 atau 40 peratus (bagi) kemasukan (pelajar) namun tertakluk perbincangan kita dengan KPT," katanya pada sidang media hari ini.
Ahli Parlimen Bera itu berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke UPNM di Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.
Untuk rekod, ia merupakan lawatan pertama beliau ke universiti tersebut sejak menerajui Kementerian Pertahanan tahun lepas.
Dalam lawatan itu, beliau diberi taklimat mengenai peranan dan aktiviti utama universiti, serta hubungan strategik UPNM dengan Mindef dan Angkatan Tentera Malaysia, selain melihat sendiri kecanggihan simulator kapal moden di universiti tersebut.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau mengharapkan agar UPNM dapat memperkasakan lagi sektor kajian dan penyelidikan (R&D) bagi menghasilkan produk yang sesuai dengan kehendak Mindef.
“R&D yang dihasilkan UPNM ini bukan sekadar menghasilkan produk, tetapi juga supaya boleh dikomersialkan setiap produk. Lepas taklimat tadi saya pergi melihat sendiri produk R&D yang dihasilkan, dan ternyata banyak boleh dikomersialkan.
“Saya dah janji tadi jika produk yang dihasilkan bersesuaian dengan kehendak Mindef, maka Mindef boleh jadi pembeli utama setiap produk UPNM,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Mar 05 2021

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat beberapa produk yang dihasilkan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini. - Foto BERNAMA

COVID-19: Angka korban global kini lebih 2.96 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 564,000 kes.

115 kuil, tokong di Kuala Lumpur didirikan secara tidak sah
Daripada jumlah itu, sebanyak lapan kes berjaya diselesaikan dengan kuil dan tokong yang terlibat diberikan surat tawaran pendudukan secara sah, manakala selebihnya ada yang ditawarkan tapak ganti.

COVID-19: Kes positif global lebih 137.8 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.4 juta kes.

Bas terbakar dirempuh lori tangki, 20 maut
Bas yang dalam perjalanan dari Kaherah itu dilaporkan terbalik ketika cuba memotong sebuah lori sebelum dilanggar sebuah trak.

Ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan: KKM beri kuasa kepada PBT kompaun kesalahan
Netizen mula berkongsi gambar dan video menunjukkan pengunjung bazar Ramadan bersesak-sesak, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika membeli juadah untuk berbuka di bazar Ramadan.

Reezal Merican yakin lebih ramai layak ke Sukan Olimpik Tokyo
Seramai 23 atlet di bawah Program RTT 2020 kini dalam usaha memburu slot di temasya Sukan Olimpik menerusi proses kelayakan, yang masih berlangsung sehingga Jun.

RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalur menerusi PENJANA - Tengku Zafrul
Ia termasuk pemohon daripada bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Patuhi SOP ketat agar bazar Ramadan boleh diteruskan - Chow Kon Yeow
Orang ramai digesa agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan bagi memastikan pelaksanaan bazar boleh diteruskan.

Arahan Sekatan | Turki kenakan sekatan separa penuh
Turki mengenakan arahan sekatan separa di negara itu, untuk tempoh beberapa minggu pertama dalam bulan Ramadan. Keputusan itu dibuat Presidennya, Recep Tayyip Erdogan dalam satu siaran televisyen setelah negara itu mencatatkan peningkatan kes COVID-19.

COVID-19 | Penduduk singapura boleh pilih vaksin
Penduduk di Singapura dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 untuk diterima serta pusat vaksinasi menerusi sistem tempahan janji temu. Setiap pusat hanya akan membekalkan dan memberi satu jenis vaksin - sama ada Moderna atau Pfizer-Biontech.

Ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan: KKM beri kuasa kepada PBT kompaun kesalahan
Netizen mula berkongsi gambar dan video menunjukkan pengunjung bazar Ramadan bersesak-sesak, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika membeli juadah untuk berbuka di bazar Ramadan.

Keputusan PKP Sarawak akan diketahui esok - Uggah
Ia setelah kenyataan berkenaan status PKP di Sarawak oleh MKN ditarik semula pada Rabu.

PKPD di Kg. Juara, Pulau Tioman tamat esok, ini 5 tumpuan kenyataan media PKP
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang, ditamatkan esok, lebih awal daripada jadual asal iaitu 20 April.

4 kawasan di Sabah, Pahang dikenakan PKPD bermula esok - Ismail Sabri
Kawasan terbabit ialah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud serta Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin.

7 daerah di Kelantan dikenakan PKP - Ismail Sabri
Keputusan melaksanakan PKP itu dibuat ekoran berlaku peningkatan kes mendadak dan atas persetujuan kerajaan Kelantan.

8 kawasan di Temerloh, Sandakan, Kota Belud dikenakan PKPD bermula esok
Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat perkampungan di daerah Temerloh, Pahang bermula dari 14 hingga 27 April 2021.

COVID-19: SOP tidak 'standard' faktor ancaman gelombang keempat - Pakar
Walaupun dikatakan SOP, tapi kerap kali kita lihat tidak 'standard', tidak ada piawaian, menyebabkan rakyat menjadi keliru ditambah dengan penguatkuasaan yang tidak sekata.

Malaysia, New Zealand komited dalam kerjasama pertahanan - Ismail Sabri
Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen bersama dalam hubungan pertahanan di bawah FPDA dan ADMM serta ADMM-Plus.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 April 2021.

PKPD di Kampung Meruntum, Putatan - Ismail Sabri
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kampung Meruntum, Putatan, Sabah bermula esok sehingga 26 April depan.