awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mindef tubuh jawatankuasa khas selaras penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman

Bernama
Bernama
10/03/2017
23:33 MYT
Mindef tubuh jawatankuasa khas selaras penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman
Sempena lawatan empat hari Raja Salman ke Malaysia pada 1 Mac lepas, kedua-dua negara bersetuju untuk menubuhkan KSCIP dalam tempoh tiga bulan. - Gambar fail
Kementerian Pertahanan (Mindef) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas berperanan membentuk terma-terma rujukan berkaitan penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP).
Menurut kenyataan kementerian itu pada Jumat jawatankuasa khas itu yang turut dianggotai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki adalah atas saranan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Penubuhan KSCIP bersempena nama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud membuktikan keikhlasan dan kepercayaan baginda terhadap kerajaan Malaysia dalam menangani pelbagai isu berkaitan extremisme dan radikalisme melalui konsep 'wasatiyyah' atau kesederhanaan di rantau ini.
"Mindef berbangga dan berterima kasih atas komitmen dan persetujuan baginda untuk menjalinkan kerjasama erat khususnya melalui Kementerian Pertahanan Arab Saudi bagi penubuhan KSCIP," menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan bersama Arab Saudi-Malaysia sempena lawatan empat hari Raja Salman ke Malaysia pada 1 Mac lepas, kedua-dua negara bersetuju untuk menubuhkan KSCIP dalam tempoh tiga bulan bertujuan membanteras naratif yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang radikal dan ekstremis.
Mindef melalui Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia melalui Universiti Sains Islam Malaysia akan bekerjasama dengan Ideology Warfare Centre (IWC) atau Markaz Harb Fikriah di bawah Kementerian Pertahanan Arab Saudi serta rakan strategik dari Arab Saudi, Rabitah Alam Al-Islami (Liga Muslim Dunia) bagi merealisasikan penubuhan KSCIP, kata kenyataan itu.
Katanya kerjasama erat dalam bidang pertahanan itu hasil usaha beberapa siri perbincangan Hishammuddin dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Timbalan Putera Mahkota Muhammad Salman sebelum ini. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Hishammuddin Hussein
#Islam
#Raja Salman Abdulaziz Al Saud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan