Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa berkata beliau bersetuju untuk mendedahkan minit mesyuarat exco negeri yang ada kaitan dengan isu pemecatan Azmin Ali dari lembaga pengarah PKNS kepada umum atas faktor ketelusan.
"Pagi tadi saya telah minta Setiausaha Kerja saya untuk menyenaraikan dokumen-dokumen berkaitan, saya sebagai Menteri Besar bagi kuasa sebarkan minit mesyuarat ini. Boleh jadi hari ini atau esok melalui kenyataan akhbar atau e-mel," tambahnya.
Beliau berkata kes itu juga telah dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International untuk meneliti semua dokumen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri, Pengurus Besar serta Setiausaha Kerja PKNS bagi tujuan siasatan, sekiranya terdapat elemen penyelewengan.
"Kes Pengurus Besar PKNS ini melibatkan isu integriti sebab ada surat-surat yang diculik serta dipertikaikan dari tanggungjawab beliau dan beliau juga tidak terima arahan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang pembuatan getah Top Glove di sini.
Dalam pada itu, Abdul Khalid menegaskan beliau tidak menandatangani surat pelucutan jawatan Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
"Yang berhak untuk membuat keputusan itu adalah Menteri Besar, so sekiranya Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) bersetuju, surat pelantikan dan surat meminta peletakan jawatan mesti ditandatangani Menteri Besar.
"Pengurus Besar (PKNS) (Othman Omar) tidak boleh tulis surat (pelantikan dan peletakan jawatan). Yang boleh tandatangan surat itu selain Menteri Besar adalah Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Muhammad Khusrin Munawi) selaku Timbalan Pengerusi PKNS," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga telah membuat keputusan untuk menggantung tugas Othman dan Setiausaha Kerja (PKNS) Norita Mohd Sidek yang telah ditukarkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa semalam sehingga kes itu selesai disiasat.
Katanya tempat Othman itu kini dipangku oleh Azlan Md Alifiah, yang juga Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
"Sementara itu kedua mereka (Othman dan Norita) tidak memegang apa-apa jawatan dan berada di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri. Mereka ini jawatan sahaja kita gantung tetapi mempunyai gaji serupa macam dahulu (sebelum digantung)," jelasnya.
Penggantungan mereka adalah sehingga selesai siasatan dijangka selepas Tahun Baharu Cina, sebelum sebarang keputusan mengenai kedudukan mereka diputuskan, katanya.
Pemecatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS pada 8 Jan lepas menjadi kontroversi selepas Abdul Khalid menafikan terlibat dalam keputusan itu, sebaliknya mendakwa tindakan menggugurkan Timbalan Presiden PKR itu dilakukan Othman dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) hanya bersetuju dengan perkara itu.
Kenyataan Menteri Besar itu dinafikan oleh Norita yang berkata kuasa melantik Ahli Lembaga Pengarah PKNS terletak di tangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan oleh Abdul Khalid dan bukan Othman selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS.
Bernama
Wed Jan 22 2014
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) dan Azmin Ali (kiri). --gambar fail
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Minit mesyuarat berkaitan isu pemecatan Azmin akan didedah - MB Selangor
Kes itu juga telah dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Transparency International bagi tujuan siasatan, sekiranya terdapat elemen penyelewengan.