KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh maut ditikam rakan sekerjanya ketika berbuka puasa di asrama pekerja sebuah kilang di Seksyen 36, Shah Alam, Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima laporan jam 7.20 malam, pada Selasa.
"Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 49 tahun dan bekerja sebagai pekerja am manakala suspek merupakan warga Pakistan yang juga bekerja dan tinggal bersama mangsa di dalam kontena yang dijadikan asrama.
"Kejadian berpunca apabila suspek marah apabila mangsa meminum air orennya semasa berbuka puasa.
"Suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali dengan menggunakan sebilah pisau yang diambil daripada dapur," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Sehubungan itu, Mohd Iqbal berkata, tangkapan telah dibuat ke atas suspek yang berusia 51 tahun di tempat kejadian.
"Turut dirampas pisau yang digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa.
"Suspek akan direman pada Rabu jam 9 pagi di Makamah Shah Alam," ujarnya.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Afiezy Azaman
Tue Mar 19 2024
Anggota polis membawa keluar mayat mangsa yang mati ditikam oleh rakan sekerjanya ketika berbuka puasa di asrama pekerja sebuah kilang di Seksyen 36, Shah Alam, Selangor, pada Selasa.
Tiada pengangkutan lain, jemaah Malaysia hanya guna bas
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin maklumkan, 31,600 jemaah haji Malaysia hanya akan menggunakan bas sebagai pengangkutan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji pada tahun ini, 1445H/2024M.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi
Sultan Sharafuddin yang merupakan Penaung Selangor FC dan Pengerusi Selangor FC,
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
34,683 individu terkorban di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 34,683 rakyat Palestin terkorban dalam serangan berterusan tentera rejim zionis Israel di Gaza setakat ini. Dalam laporan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin itu lagi, 78,018 individu cedera.
Operasi Al Jazeera diharamkan di Israel
Kerajaan Israel sebulat suara memuktamadkan keputusan penutupan operasi saluran berita 24 jam, Al Jazeera di negaranya berkuat-kuasa serta merta. Pengumuman itu dibuat menerusi undian kabinet Israel yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi kerajaan zionis dan perkongsian di laman media sosial 'X' Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (05 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Minum air oren miliknya, pekerja kilang tikam rakan semasa berbuka puasa
Mangsa dan suspek kedua-duanya tinggal bersama di dalam kontena yang dijadikan asrama.