SEREMBAN: Dua pengarah syarikat termasuk anak bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan, tahun lalu.
Muhammad Faisal Hamzah, 39, dan Azizul Abdul Halim, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mazni Nawi.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka sebagai pengarah syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd sebagai pemegang lesen borong barang kawalan berjadual iaitu minyak masak telah memberikan maklumat palsu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).
Maklumat itu diberi semasa mengemukakan maklumat dalam borang arahan mengemukakan dokumen atau maklumat yang berada dalam simpanan berkaitan barang kawalan di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 berhubung dokumen/ invois penjualan minyak masak kepada Pasar Segar Din Maju.
Perbuatan itu dilakukan pada 12 Ogos 2022, lebih kurang jam 5 petang di Pejabat KPDN Seremban 2.
Justeru itu mereka didakwa di bawah Seksyen 8 ( 4 ) ( b ) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 ( 2 ) akta sama.
Selain itu, tertuduh selaku pemegang lesen borong juga telah didapati melanggar Peraturan 9(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu memiliki barang kawalan berjadual jenis minyak masak melebihi had 50 metrik tan.
Kesalahan itu dilakukan pada 11 Ogos 2022, jam 11.15 malam di premis perniagaan Rimba Merpati Sdn Bhd di Kawasan Industri Sinar Andalas , Senawang di Seremban.
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 22 (4) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya KPDN, Mohd Sophian Zakaria tidak menawarkan jaminan, namun jika mahkamah mahu memberikan jaminan, beliau memohon menetapkan satu nilai jaminan tinggi dengan mengambil kira jumlah pertuduhan.
Mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 kepada setiap tertuduh dan menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Qurratu 'Aini Zafirah Mat Shoib.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Apr 05 2023
Muhammad Faisal (gambar) dan Azizul bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mazni Nawi. - Gambar/ Astro AWANI
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
Minyak masak: Anak Hamzah Zainudin dihadap ke mahkamah
Anak Datuk Seri Hamzah Zainudin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu.