awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Minyak subsidi lebih mahal daripada swasta

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2016
07:34 MYT
Minyak subsidi lebih mahal daripada swasta
Nelayan-nelayan dibawah Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah tidak lagi membeli minyak diesel di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kampung Keluncur, Kuala Kedah. - Astro AWANI
Hampir 90 peratus nelayan dibawah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), Kuala Kedah tidak lagi membeli minyak diesel di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kampung Keluncur, Kuala Kedah.
Ia berikutan harga minyak subsidi yang didakwa lebih mahal berbanding yang dijual oleh pihak swasta.
Perkara itu didedahkan Pengerusi PNK Kuala Kedah, Abdul Hamid Bahari apabila sebahagian besar nelayan dilihat lebih berminat membeli minyak swasta yang dijual pada harga lebih rendah.
“Bukan kata di kawasan Kuala Kedah sahaja malahan di seluruh negara. Ia juga berlaku di Sabah dan Sarawak. Nelayan-nelayan tidak beli lagi minyak dari Persatuan Nelayan masing masing. Terutama kita di Kuala Kedah. Mereka membeli dari syarikat swasta kerana jika ia minyak subsidi dan berharga RM1.60, harga minyak swasta pula adalah RM1.55 satu liter yang menyebabkan Persatuan Nelayan tidak dapat beroperasi,” kata Abdul Hamid Bahari, pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Kedah.
Menurut Abdul Hamid, pihaknya menerima kuota sebanyak 4.8 juta liter minyak diesel daripada Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) setiap bulan tetapi antara 1 hingga 15 Disember tahun lalu hanya tiga juta liter dapat dijual.
Abdul Hamid berkata, sejak 1 Januari sehingga 8 Januari hanya dianggarkan sebanyak sepuluh ribu liter yang berjaya dijual.
Sebelum ini, pihaknya mampu menjual 5.5 juta liter minyak diesel dalam tempoh sebulan.
Namun, sejak nelayan mula beralih kepada pembelian minyak swasta pihak PNK menanggung kerugian.
Topic Berkaitan
#Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
#minyak diesel
#nelayan
#Persatuan Nelayan Kawasan
#Persatuan Nelayan Kebangsaan
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan