JAKARTA: Misi Malaysia bersama Indonesia ke Kesatuan Eropah (EU) untuk menangani sekatan blok itu terhadap kemasukan pelbagai produk komoditi akan dilaksanakan pada Mei depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata Malaysia akan memaklumkan kepada EU mengenai program penanaman semula hutan dan Dasar Perhutanan Malaysia yang merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi.
"Di Malaysia kita sudah ada dasar untuk tidak membuka hutan baharu melainkan apa yang telah ditetapkan," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan mesyuarat dengan Menteri Perdagangan Indonesia Dr Zulkifli Hasan, di sini, hari ini.
Fadillah berkata usaha penanaman semula pokok spesis hutan dalam program 'community farming' di Malaysia sedang giat dijalankan.
Kedua-dua menteri itu juga turut membincangkan mengenai peranan Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) untuk membawa isu halangan perdagangan yang diskriminatif terhadap negara pengeluar minyak sawit dan getah ke peringkat ASEAN.
Dilaporkan bahawa, tujuh komoditi termasuk minyak sawit, lembu, kayu, kacang soya, koko, kopi dan getah yang ditanam atau diternak di tanah yang didakwa melakukan penebangan hutan akan dilarang daripada memasuki pasaran EU apabila undang-undang itu diluluskan oleh Parlimen Eropah.
Fadillah turut dimaklumkan Zulkifli mengenai Perjanjian Perdagangan Sempadan dan Perjanjian Merentas Sempadan antara Indonesia dan Malaysia yang akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
Beliau percaya perjanjian itu nanti akan memudahkan perdagangan rentas sempadan antara wilayah Indonesia dengan Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak serta memudahkan urusan kemasukan tenaga kerja dari Indonesia dalam sektor kelapa sawit di Sarawak.
Menurutnya, Sarawak kini mengeksport tenaga elektrik yang dihasilkan dari empangan hidroelektrik ke Kalimantan Barat dan telah diberi peluang untuk membina sebuah empangan hidroelektrik di Kalimantan Timur.
Sementara itu, Fadillah berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Menteri Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) pada Jun.
Mesyuarat membabitkan negara pengeluar utama getah asli -- Indonesia, Malaysia dan Thailand -- akan didahului dengan perbincangan peringkat jawatankuasa teknikal pada Februari, katanya.
Mesyuarat peringkat menteri CPOPC pula akan diadakan pada Mei, yang mana Malaysia akan menjadi pengerusi pada tahun ini.
Fadillah dan delegasi berada di Jakarta sempena lawatan kerja selama tiga hari yang berakhir hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023
Misi Malaysia bersama Indonesia ke Kesatuan Eropah (EU) untuk menangani sekatan blok itu terhadap kemasukan pelbagai produk komoditi akan dilaksanakan pada Mei depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. - BERNAMA
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Misi Malaysia-Indonesia ke Kesatuan Eropah dilaksanakan pada Mei - TPM Fadillah
Misi Malaysia bersama Indonesia ke Kesatuan Eropah (EU) untuk menangani sekatan blok itu terhadap kemasukan pelbagai produk komoditi akan dilaksanakan pada Mei depan.