SEMALAM menyaksikan secara perundangannnya, tujuh orang menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat kepada dua kawasan Parlimen yang melibatkan 75,287 pengundi.
Maka dua kawasan ini juga disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah ada calonnya dan akan dipilih oleh pengundi pada 18 Jun ini.
Daripada tujuh orang ini, kesemuanya adalah Melayu dan memandangkan bahawa kedua-dua kawasan ini majoritinya Melayu, tidak salah jika kita sebutkan bahawa ia akan banyak menjurus kepada hal-hal Melayu sahaja kerana parti yang bersifat pelbagai kaum kononnya, seperti PKR dan DAP, tidak bertanding kali ini di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Apa yang dapat kita bincangkan boleh menjurus dari segi suasana. Menandangkan ia lebih berat ke atas hal ehwal orang Melayu dan berlaku pada bulan Ramadan, maka kelihatan di dewan penamaan calon satu bentuk kemesraan antara PAS dan UMNO selain adab empat anak lelaki yang mewakili ibunya untuk meneruskan roh serta semangat kepimpinan bapa mereka yang sudah tiada.
Suasana ini benar seperti budaya Melayu kecuali sedikit kekecohan di Kuala Kangsar apabila Abu Backer Sidek Mohd Zan yang mahu bertanding sebagai calon bebas menarik balik dan mengoyakkan borang pencalonan selepas pencadang dan penyokongnya tidak dibenarkan masuk ke dewan penamaan calon.
Dalam isu ini, Abu Backer mungkin sengaja menarik perhatian selepas pernah bertanding di Bukit Gelugor pada tahun 2014, dan mencuri tumpuan apabila menghalang kereta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, selepas kecewa tidak bertemu pemimpin DAP itu.
Faktor pemilihan
Daripada tujuh yang diterima SPR ini, kita dapat lihat bahawa untuk kawasan Sungai Besar yang dahulunya menjadi kem wanita akan disandang lelaki manakala Kuala Kangsar yang pernah diwakili wanita pada 2004 dahulu mungkin akan disandang semula wakil rakyat wanita pada 2016 ini.
Berbalik kepada calon, dengan sendirinya sudah ada satu kefahaman untuk yang mewakili beberapa kategori dan latar belakang.
Ada dua calon yang sudah menjadi Yang Berhormat (YB), seorang lagi anak bekas YB, ada isteri YB dan selebihnya orang baharu yang mahu menjadi YB selepas sekian lama berkecimpung dalam politik. Jadi boleh dirumuskan ia pertarungan YB-YB di kedua-dua Parlimen ini.
Satu lagi sudut yang boleh diperhatikan adalah faktor umur.
Yang paling muda ialah calon BN di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi yang berusia 44 tahun, paling tua adalah calon Amanah, Ahmad Termizi Ramli di Kuala Kangsar yang berusia 61 tahun dan yang lain sekitar 40-an ke lewat 50-an.
Semua calon-calon ini mewakili apa sahaja aspek kemahuan pengundi dengan misi masing-masing yang tidak boleh lari dari tujuan asal untuk menahan dan menawan kawasan.
Dalam pemilihan ini, sudut paling penting adalah melihat bagaimana seseorang calon itu boleh menjadi calon boleh menang (winnable) atau disukai (likeable).
Ada faktor yang membolehkan seseorang calon itu menjadi boleh menang atau disukai. Faktor jantina dan keterampilan tidak boleh ditolak begitu sahaja dalam menjadikan sesuatu calon itu dipilih pengundi.
Di Sungai Besar misalnya, Budiman atau calon PAS, Dr Abdul Rani Osman mungkin menjadi calon disukai selain di Kuala Kangsar mungkin faktor jantina atau keterampilan memainkan peranan masing-masing apabila calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad mempunyai kekuatan dalam faktor jantina selain Ahmad Termizi yang mempunyai kekuatan seorang profesor fizik.
Kekuatan Mastura
Di sini, kita lihat menariknya Mastura yang berdepan sedikit kepayahan untuk berkempen namun menggunakan teknologi dan mewakilkan empat anak untuk meneruskan semangat seorang ayah.
Di Kuala Kangsar, suasananya lebih dramatik. Mastura meletakkan agama lebih penting dari segala-galanya. Jika ditakdirkan kalah, Mastura masih menang dari segi agama kerana patuh selepas memberi ikhtiar untuk menang dari segi yang lain.
Mastura sudah mengemukakan anak-anak dan menggunakan teknologi dengan berkesan. Dia juga mewakili faktor keibuan dan paling penting mahu menyambung kesinambungan yang sudah dimulakan suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Di Sungai Besar pula, Budiman akan berhadapan sedikit kelainan berbanding Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon yang berhadapan PAS sahaja dahulu.
Budiman akan bersaing dengan dua entiti berbeza iaitu wakil Pakatan Harapan dan juga PAS kali ini. Situasi itu dilihat ramai penganalisis politik satu senario menilai kekuatan parti permuafakatan baharu dan sejauh mana ia berkesan menjadi alternatif.
Dalam tempoh 13 hari berkempen ini, ramai yang menyeru untuk menghormati bulan Ramadan dengan langkah tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh menyebabkan sensitiviti agama tersentuh.
Seeloknya teruskan dengan kempen sopan yang menyentuh jiwa pengundi dan menonjolkan seseorang calon itu yang boleh menang dan disukai ramai.
Sentuhan dalam mendekati pengundi paling penting, pastikan ia paling penting sepanjang minggu kempen dan peluang kemenangan itu akan ada pada 18 Jun ini.
Jangan dilupa, apabila bercakap tentang isu boleh menang dan disukai, selain soal keterampilan dan jantina, soal ketulenan seseorang calon itu tidak boleh ditinggal begitu sahaja.
Mastura dengan caranya yang penuh dengan tatasusila penuh adab beragama selain Budiman kekal dengan cara 'sempoi' sejak dahulu.
Dalam kes ini, Mastura dan Budiman sudah ada semua faktor yang diperlukan pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Wan Syamsul Amly
Mon Jun 06 2016
Perspektif: Misi mencari calon 'winnable' dan 'likeable' - Gambar fail
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Calon Amanah sokong singkirkan Najib
Katanya, sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat, beliau akan menyokong penyingkiran Pengerusi Barisan Nasional itu daripada jawatannya kini.
PRK K.Kangsar: PAS tidak relevan, bukan musuh dalam PRK - Calon Amanah
Calon Parti Amanah Negara (Amanah) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli menyifatkan parti PAS bukanlah lawannya serta tidak lagi relevan pada masa kini.
Misi mencari calon 'winnable' dan 'likeable'
Seeloknya dalam bulan Ramadan ini, kempen sopan yang menyentuh jiwa pengundi dapat menonjolkan seseorang calon itu agar boleh menang dan disukai ramai.
Pertandingan empat penjuru pada PRK Kuala Kangsar
Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.
PRK Kuala Kangsar: Prof Dr Ahmad Termizi calon Pakatan Harapan
Nama calon berusia 61 tahun yang juga Naib ketua Amanah Kuala Kangsar itu diumumkan Presiden Amanah Mohamad Sabu pada Khamis malam.