awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Miss Universe Malaysia terima vaksin COVID-19 sebelum ke Hollywood

Nailah Huda
Nailah Huda
30/04/2021
07:26 MYT
Miss Universe Malaysia terima vaksin COVID-19 sebelum ke Hollywood
Francisca Luhong James berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang membantunya sepanjang proses penerimaan vaksin COVID-19. - Gambar Instagram @francisca.luhong
KUALA LUMPUR: Kurang tiga minggu sebelum memasuki gelanggang pertandingan akhir Miss Universe ke-69 di Hollywood, Amerika Syarikat, Miss Universe Malaysia 2021, Francisca Luhong James menerima dos suntikan vaksin COVID-19 kedua buatan Pfizer hari ini.
Ketika dihubungi Astro AWANI, anak kelahiran Kuching itu mengakui, berasa gementar sebelum menerima vaksin tersebut.
“Saya rasa gementar, namun saya percaya kepada petugas kesihatan barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” jelas Francisca.
Menurut Francisca, dia hanya mengalami kesan sampingan ringan seperti sakit lengan dan pening kepala tidak lama selepas menerima suntikan tersebut.
“Tiada kesan samping yang ekstrim. Anda hanya perlu rehat dan minum air yang mencukupi selepas menerima vaksin,” ujarnya.
Francisca, 25, turut memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagramnya berkongsi pengalamannya menerima vaksin.
Dalam masa sama, Francisca berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang membantunya sepanjang proses penerimaan vaksin serta atas perkhidmatan mereka sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
Dia juga menasihatkan agar orang ramai mendaftar segera untuk menerima vaksin di aplikasi MySejahtera.
View this post on Instagram
A post shared by Francisca Luhong James (@francisca.luhong)
Pada awal Januari lalu, Francisca disahkan positif COVID-19, namun tidak mengalami sebarang simptom serius.
BACA: Miss Universe Malaysia dedah dijangkiti COVID-19 awal Januari lalu
Topic Berkaitan
#Miss Universe
#Francisca Luhong
#vaksin
#COVID-19
#Pfizer
#petugas kesihatan
#KKM
#Hollywood
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan