awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jabatan Negara AS lulus cadangan jualan peluru berpandu Patriot kepada Arab Saudi
Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026
Polis tahan warga emas disyaki terlibat kes kematian anjing liar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI belum temui bukti penyeludupan cip - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
15/07/2025
08:20 MYT
MITI belum temui bukti penyeludupan cip - Tengku Zafrul
TENGKU ZAFRUL: Setakat ini, kami tidak menemui sebarang bukti. Kami telah bercakap dengan Amerika Syarikat (AS) dan pemain besar untuk bekerjasama dan bekerjasama dengan kami. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tidak menemui sebarang bukti insiden berkaitan penyeludupan cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ringkasan AI
  • MITI tidak menemui bukti penyeludupan cip AI berprestasi tinggi selepas siasatan bersama pihak berkuasa dan pemain industri.
  • Permintaan cip AI di Malaysia meningkat kerana pertumbuhan industri pusat data, mendorong kawalan eksport serta-merta di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.
  • Kerajaan komited terhadap perdagangan sah dan telus, serta sedang menyemak penyenaraian cip AI untuk mematuhi piawaian antarabangsa dan elak sekatan sekunder.

Beliau berkata kementerian telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa seperti polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta penggiat industri untuk menyiasat perkara itu.
"Setakat ini, kami tidak menemui sebarang bukti. Kami telah bercakap dengan Amerika Syarikat (AS) dan pemain besar untuk bekerjasama dan bekerjasama dengan kami.
"Jika ada bukti, kami pasti akan mengambil tindakan. Siasatan masih berjalan," katanya pada sidang media mengenai Kad Laporan Prestasi MITI Suku Kedua 2025.
Tengku Zafrul berkata permintaan untuk cip AI di Malaysia adalah tinggi disebabkan industri pusat datanya yang semakin berkembang.
"Saya berpendapat Malaysia telah menjadi perhatian apabila mula menjadi pemain dominan dalam industri berkenaan dan ia telah menimbulkan 'red flags' (timbul tanda amaran/isyarat bahaya) ," katanya.
Pada Isnin lepas, MITI mengeluarkan arahan baharu dengan mengenakan kawalan serta-merta ke atas eksport, pemindahan dan transit cip AI berprestasi tinggi dari AS di Malaysia di bawah Seksyen 12 Akta Perdagangan Strategik 2010 (STA 2010) dikenali sebagai peruntukan "Catch-All Control".
Tengku Zafrul menekankan bahawa kerajaan komited terhadap persekitaran perdagangan yang telus dan sah untuk semua rakan kongsi dan pelabur.
"Kami mahu memastikan terdapat perdagangan bertanggungjawab dan sedang menyemak penyenaraian cip AI di bawah Senarai Item Strategik (SIL).
"Kami juga mahu memastikan bahawa kami mematuhi piawaian dan kewajipan antarabangsa, ia untuk mengelakkan sekatan sekunder demi industri dan ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#penyeludupan cip AI
#Akta Perdagangan Strategik 2010
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan