KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah mencapai 100 peratus sasarannya pada 2023 dan memenuhi semua objektif utama yang ditetapkan tahun ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan berkata kejayaan itu juga menandakan penggunaan sepenuhnya dana untuk kali pertama sejak penubuhannya secara telus, bertanggungjawab dan membuahkan hasil.
"Pada 2023, Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA telah menyusun rangka kerja yang baik dan kukuh untuk sesiapa yang mengendali dan mengambil alih agensi ini pada masa depan.
"Peningkatan dan penambahbaikan kumpulan B40 komuniti India di negara ini adalah yang paling utama dan MITRA perlu terus meneruskan usaha memperkasakan mereka melalui pendidikan yang betul dan peluang pekerjaan dengan gaji yang tinggi untuk membentuk sebuah komuniti masa depan," katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut infografik kad laporan MITRA, agensi itu telah menganjurkan 201 program sepanjang 2023 melibatkan RM19,029,325.01 dibelanjakan untuk program ekonomi dan kerjaya, RM5,865,615.64 untuk program sosial dan RM4,062,145.36 untuk program modal insan.
Ramanan berkata MITRA telah berjaya membersihkan imejnya daripada tuduhan lalu tentang salah urus dana berikutan penarafan rasmi 'risiko rendah' dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk 2023.
"MITRA dimaklumkan secara rasmi mengenai status itu melalui surat yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM Datuk Nor Azmi Karim pada 22 Nov.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SPRM atas kerjasama dan sokongan penuh mereka kepada MITRA sepanjang masa ini. Status untuk tahun ini pasti akan memberikan impak positif kepada agensi ini," katanya.
Ramanan berkata setelah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Khas MITRA, fokus dan misi utama pasukannya adalah membersihkan imej MITRA dan menyediakan program berimpak tinggi untuk kebaikan masyarakat.
"Itulah sebabnya saya berazam untuk mengukuhkan sistem penyampaian MITRA, terutamanya dalam aspek integriti dan ketelusan," katanya.
Ahli Parlimen Sungai Buloh itu turut merakamkan harapan kepada sesiapa yang dilantik untuk menerajui agensi itu, memahami tanggungjawab terhadap masyarakat India serta pemerkasaannya, dan turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepadanya dan ahli Jawatankuasa Pasukan Petugas.
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa semua dana akan disalurkan secara langsung kepada penerima akhir dan bukan melalui dana NGO pihak ketiga untuk mengelak penyalahgunaan dana.
"Kami yakin dengan hala tuju agensi ini kerana Perdana Menteri telah menyatakan bahawa beliau akan memantau secara peribadi bagaimana dana MITRA akan dikendalikan," katanya.
Pada Sabtu, Anwar berkata MITRA di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa memantau unit khas itu yang bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negara ini.
MITRA pada asalnya dikenali sebagai unit khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) yang ditubuhkan pada 2014 sebelum dijenamakan semula sebagai MITRA pada 2018 dan diterajui oleh Kementerian Perpaduan Negara namun pada September 2022 ia telah dipindahkan di bawah seliaan JPM.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
Ramanan berkata, setelah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Khas MITRA, fokus dan misi utama pasukannya adalah membersihkan imej MITRA dan menyediakan program berimpak tinggi untuk kebaikan masyarakat. - Gambar fail/BERNAMA
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.
Ramanan masih Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra
Ramanan yang baru dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra.
Mitra terima penarafan risiko 'rendah' daripada SPRM
Pemakluman itu dibuat secara rasmi kepada Mitra melalui satu surat ditandatangani Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM.
Mitra telah agihkan RM62 juta kepada lebih 100,000 penerima
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra Datuk R. Ramanan berkata bantuan itu turut disalurkan ke Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Mitra Untuk Masyarakat India.
Pegawai SPRM dipinjam ke Mitra, pantau pengurusan dana
Seorang pegawai SPRM akan dipinjamkan ke Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).
Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid
Beliau turut berharap Mitra dapat mencari pembiayaan untuk wanita pelbagai bangsa di Bagan Datuk yang mahu mencari pendapatan sampingan.
Permohonan subsidi yuran IPT masih dibuka - Mitra
Mitra masih lagi membuka permohonan bagi subsidi bayaran yuran semester sekali bayar sebanyak RM2,000 sehingga 15 Sept ini.
Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40
Program Kompetensi KKP anjuran bersama NIOSH dan Mitra kini diperluas bagi merangkumi belia India daripada golongan M40.
Mitra: Bekas pengerusi, bendahari PWBSM didenda guna baucar bayaran palsu
Tindakan bekas Pengerusi PWBSM dan bekas bendaharinya menggunakan dua baucar bayaran palsu bagi peruntukan dana di bawah Mitra mengundang padah apabila mereka didenda di mahkamah.