awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MKN akan selaras bantuan untuk Rohingya - TPM Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
16/10/2017
09:41 MYT
MKN akan selaras bantuan untuk Rohingya - TPM Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang melawat kem pelarian di Cox's Bazar berkata, Malaysia komited untuk terus hantar bantuan-bantuan ini melalui MKN dan juga lima NGO terbesar. - Bernama
Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan bertindak menyelaraskan bantuan kemanusiaan yang mahu disalurkan kepada etnik Rohingya yang berada di kem-kem pelarian di Bangladesh, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kata Timbalan Perdana Menteri dengan adanya MKN untuk menyelaraskan bantuan, beliau tidak fikir akan timbul kebimbangan bantuan itu tidak sampai kepada matlamatnya.
"Ini bukan kali pertama lawatan saya ke kem pelarian. Saya telah pergi (kem pelarian) beberapa negara seperti tetapi keadaan di sini lebih daif.
"Berikutan keadaan daif di sini (kem pelarian), saya menyeru rakyat Malaysia keseluruhannya agar sama-sama terus hulurkan bantuan. (Ketua Pengarah MKN) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan MKN akan koordinasi supaya bantuan sampai kepada kumpulan sasaran," katanya.
Ahmad Zahid berkata dengan adanya penyelarasan oleh MKN segala bantuan badan bukan kerajaan (NGO) dapat diselaraskan termasuk untuk membeli barang-barang keperluan.
"Dari segi makanan saya tengok World Food Programme United Nations telah ada, dari segi perubatan IOM (Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran) telah ada. Saya ucapkan terima kasih pemimpin-pemimpin NGO yang mengambil peduli dengan nasib pelarian Rohingya di sini," katanya.
Katanya kerajaan juga menggalakkan individu sama ada jururawat, doktor dan pembantu hospital untuk berdaftar dengan MKN bagi menyelaraskan kedatangan mereka ke Cox's Bazar ini untuk membantu.
Ahmad Zahid berkata Malaysia merupakan antara negara terawal menghantar bantuan untuk pelarian Rohingya di Cox's Bazar khususnya di Kem Kutupalong dan telah sekurang-kurangnya tiga kali bantuan dalam bentuk makanan dan keperluan lain.
"Malaysia komited untuk terus hantar bantuan-bantuan ini melalui MKN dan juga lima NGO terbesar yang telah berada di Cox's Bazar dan mereka akan terus memberikan bantuan.
"Hari ini saya sendiri telah turun untuk memberi barangan yang diperlukan lima NGO ini. Bantuan bernilai AS$100,000 (RM420,000) diberi oleh seorang dermawan dari Malaysia kepada NGO. Kita juga berterima kasih kepada kerajaan negeri yang telah membantu kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#bantuan
#Cox's Bazar
#kemanusiaan
#MKN
#Myanmar
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan