awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MM2H: Kementerian Pelancongan luluskan empat permohonan rakyat Korea Utara - Nazri

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/03/2017
09:22 MYT
MM2H: Kementerian Pelancongan luluskan empat permohonan rakyat Korea Utara - Nazri
Jumlah rendah itu sekaligus menafikan penglibatan salah seorang suspek warga Korea Utara dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam terlibat dalam program tersebut. - Gambar fail
Hanya empat rakyat Korea Utara yang diluluskan permohonan untuk menetap di negara ini menerusi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata demikian sebagai penjelasan kepada kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan 190 rakyat Korea Utara menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka.
Beliau sekaligus menafikan penglibatan salah seorang suspek warga Korea Utara dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam terlibat dalam program tersebut.
"Berdasarkan rekod MM2H, hanya terdapat empat orang warga Korea Utara yang memohon dan diluluskan oleh kementerian saya.
"Ahli kimia itu tidak tersenarai. Ada soalan yang dikemukakan kepada saya sama ada kita akan meneruskan penerimaan dan kelulusan permohonan daripada Korea Utara.
"Jawapannya adalah ya sehingga saya menerima arahan daripada Kementerian Dalam Negeri yang menyekat permohonan daripada Korea Utara," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Jelasnya lagi, mungkin kenyataan yang dikeluarkan Ahmad Zahid itu merupakan jumlah permohonan dan Kementerian Pelancongan tidak meluluskan sebarang permohonan secara automatik.
Jelasnya, Kementerian Pelancongan meluluskan permohonan empat rakyat Korea Utara itu masing-masing pada 2013 dan 2014.
Topic Berkaitan
#Kementerian Dalam Negeri
#kim jong nam
#Korea Utara
#mm2h
#Mohamed Nazri Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan