awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MN Holdings raih kontrak EPCC bernilai RM26.9 juta bagi ladang solar

Bernama
Bernama
19/07/2022
02:20 MYT
MN Holdings raih kontrak EPCC bernilai RM26.9 juta bagi ladang solar
Kontrak EPCC itu akan bermula serta-merta dan siap pada 30 Sept, 2023. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: MN Holdings Bhd (MNHB) memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) untuk kemudahan sambungan loji solar fotovoltan berskala besar (LSSPV) dan pencawang 132 Kilovolt di Perlis, bernilai RM26.9 juta.
Dalam kenyataan pada Isnin, pakar kejuruteraan utiliti dan pencawang bawah tanah itu berkata anak syarikat milik penuhnya, MN Power Transmission Sdn Bhd, dalam usaha sama dengan Savelite Engineering Sdn Bhd, telah menerima surat lantikan daripada kontraktor utama Atlantic Blue Sdn Bhd untuk pelantikan mereka sebagai subkontraktor untuk 50 megawatt, loji LSSPV semasa di Chuping.
Di bawah kontrak itu, MN Power dan Savelite Engineering akan bertanggungjawab untuk reka bentuk, pembuatan, pembekalan, penghantaran, pemasangan, ujian dan pengoperasian kemudahan sambungan untuk loji LSSPV dan pencawang.
"Kontrak EPCC itu akan bermula serta-merta dan siap pada 30 Sept, 2023," katanya.
Pengarah Eksekutif MNHB Dang Siong Diang berkata pemerolehan projek itu merupakan pengiktirafan kepada keupayaan MNHB dalam melaksanakan EPCC penuh dalam projek loji LSSPV.
"MNHB berbesar hati dilantik sebagai subkontraktor untuk melaksanakan EPCC bagi kemudahan sambungan loji LSSPV dan pencawang untuk antara loji tenaga solar terbesar di Perlis," katanya.
Termasuk kontrak terkini itu, MNHB telah meningkatkan nilai perolehan kontraknya kepada kira-kira RM258.0 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MN Holdings
#loji solar
#pencawang
#Savelite Engineering
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan