Anggota Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad hari ini membuat kenyataan rasmi memohon keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ekoran kekeliruan yang timbul daripada komen beliau tentang istilah MO1 yang viral di media sosial baru-baru ini.
Nawawi berkata permohonan itu dibuat atas kesedaran dan rasa tanggungjawab beliau sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
"Sesungguhnya patik tidak berniat untuk mengaitkan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan isu tersebut tetapi ia diviralkan oleh pihak tertentu dengan fahaman yang lain daripada apa yang patik cuba nyatakan," katanya semasa membaca kenyataan itu dalam sidang akhbar di sini.
Menurutnya beliau amat menyesal dengan apa yang telah berlaku dan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kaitan langsung dengan isu 1MDB.
"Oleh itu, patik dengan rasa rendah diri dan penuh tanggungjawab memohon sejuta keampunan daripada Tuanku sekiranya perkara yang menjadi viral ini menyentuh dan mengguris hati kecil di sanubari Tuanku," katanya.
Nawawi juga berjanji untuk berhati-hati di masa hadapan dalam membuat sebarang komen di media sosial dan tidak menulis apa-apa perkara yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
Beliau turut memohon keampunan daripada Majlis Kerabat Diraja Kedah serta rakyat Malaysia di atas kekeliruan yang berlaku.
"Semua kekeliruan ini adalah disebabkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak sama ada kerajaan atau parti atau lain-lain pihak.
Saya harap isu ini dihentikan di sini sahaja," katanya.
Bernama
Mon Aug 22 2016
Nawawi berkata permohonan itu dibuat atas kesedaran dan rasa tanggungjawab beliau sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Negara-negara selatan global hilang percaya akibat ‘leteran’ negara maju - Menteri Luar Sri Lanka
Menteri Luar Negeri Sri Lanka, Mohamed Uvais Mohamed Ali Sabry berkata negara-negara selatan global hilang percaya kepada inisiatif antarabangsa akibat campur tangan berlebihan dalam proses membuat keputusan di peringkat domestik oleh negara-negara utara global. Jelasnya, negara-negara maju perlu berhenti memaksakan penyelesaian kepada semua masalah yang timbul keatas negara-negara membangun. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Hubungan China-AS kelam - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata hubungan China dan Amerika Syarikat tidak akan bertambah baik untuk tahun-tahun mendatang. Jelasnya, kedua-dua negara menggunakan momokkan imej negara pesaing dalam usaha menangani isu-isu domestik, yang secara tidak langsung merugikan dunia. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: China akan atasi AS, sedang belajar menggunakan kuasanya keatas dunia - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata China dilandasan yang betul untuk mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia dalam masa beberapa tahun. Jelasnya, meskipun pertumbuhan ekonomi China perlahan, namun saiz pertumbuhan itu secara relatifnya lebih besar daripada keseluruhan ekonomi Arab Saudi dan Switzerland. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Bangladesh buka semula sekolah walaupun cuaca masih panas
Pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh walaupun negara itu dilanda gelombang panas berlarutan yang mendorong pembelajaran secara bersemuka ditangguhkan, hujung minggu lalu.
Filipina tangguh kelas secara bersemuka kerana cuaca panas
Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.
Puting beliung landa bandar Guangzhou
Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China dan mengorbankan lima nyawa dan 33 lagi cedera.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Tak dapat jadi TPM, Menteri Luar Thailand letak jawatan
Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara meletak jawatan secara mengejut hari ini, selepas tidak dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet.
MO1: Nawawi Ahmad mohon keampunan Yang di-Pertuan Agong
Datuk Ir Nawawi Ahmad memohon keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ekoran kekeliruan yang timbul daripada komen beliau tentang isu MO1.