Arena Mobile Legends Malaysia akan digegarkan dengan penubuhan pasukan terbaharu yang terdiri daripada pemain-pemain popular tanah air, Dzulhakkim ’Unta’ Abd Rashid, Mohamad Amir Afdhal ‘Syno’ Ruzlan, Muhammad Hilman Aufa ‘ComeToPapa’ Zulfahrizal dan Edmond ‘Error’ Yue.
Pengurus pasukan ICON MY, Andi Basri berkata penubuhan pasukan itu adalah untuk memberi saingan kepada pasukan tempatan yang lain dan seterusnya menjadi yang terbaik di rantau ini.
“ICON MY ditubuhkan berdasarkan pengalaman mereka menyertai National Arena Contest iaitu sebuah pertandingan atas talian pada setiap minggu antara pasukan Malaysia dengan negara lain.
“Kesemua pemain ini mempunyai skil tersendiri. Selain bertarung dalam talian, kami juga mahu bertarung dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang.
"Sudah tentunya fokus kami adalah bagi merebut Piala Asia Tenggara Mobile Legends iaitu kejohanan terbesar dalam masa terdekat ini,” katanya dalam satu temu bual bersama Astro AWANI hari ini.
BACA: 2ez4jepv sah tinggalkan MyA, bakal tubuh pasukan sendiri
Andi berkata, pemilihan nama ICON MY itu adalah berdasarkan populariti dan skil permainan yang ditonjolkan keempat-empat pemain itu sehingga menjadi sanjungan dan ikutan pemain-pemain Mobile Legends tempatan.
Contohnya Mohamad Amir Afdhal kini merupakan pemain terbaik dunia bagi penggunaan hero fighter baharu, iaitu Martis pada musim ini.
Dia juga terkenal dengan penggunaan hero Chou dan sering memuat naik video-video berkaitan dengan Mobile Legends di YouTube.
Dzulhakkim dan Muhammad Ilham pula pernah menjadi permain terbaik dunia bagi kategori hero assassin Lancelot dan Natalia. Manakala bagi Edmond pula, pemain itu terkenal dengan skil hook menangkap hero lawan dengan menggunakan hero tank Franco.
Selain mereka berempat, pasukan ini turut terdiri daripada pemain muda yang merupakan bekas anggota pasukan Team Eksdi Muhammad Ilham Idraki dan Muhammad Farid serta bekas pemain Mysterious Assassins (MyA) Jr, Muhammad Faiz Hanifiah.
Sementara itu, kapten pasukan Muhammad Hilman berkata dia yakin dengan keserasian setiap ahli pasukan berkenaan mampu membawa ICON MY pergi lebih jauh dalam e-sukan ini.
"Saya sangat mengharapkan ICON MY setanding dengan pasukan Indonesia, Thailand dan Filipina," katanya.
Senada dengan keyakinan Muhammad Hilman, pemain tank pasukan ini Edmond berkata mereka akan menggiatkan lagi latihan yang akan dijalani termasuk dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara lain.
"Kami mempunyai hubungan dengan barisan skuad terbaik dunia di luar sana, jadi kami akan cuba membuat perlawananan persahabatan dan mempelajari meta (Strategi Paling Efektif) baharu," jelas Edmond.
Mobile Legends merupakan satu permainan video mudah alih atas talian multi-pemain yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton.
Bagi setiap satu perlawanan, dua kumpulan akan bertarung untuk 'memusnahkan' pangkalan musuh mereka dan pada masa yang sama mereka juga perlu mempertahankan pangkalan sendiri melalui beberapa laluan yang disediakan.
Dengan 100 juta muat turun di peranti Android dicatatkan di seluruh dunia, Mobile Legends turut menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia terutama dalam kalangan golongan muda.
Mariah Ahmad
Sun Apr 22 2018
Pemilihan nama ICON MY itu adalah berdasarkan populariti dan skil permainan yang ditonjolkan keempat-empat pemain itu sehingga menjadi sanjungan pemain-pemain Mobile Legends tempatan.
Sarawak mahu jadi pemain terkemuka dunia dalam ekonomi baharu
Penekanan kepada pembangunan tenaga hijau yang giat dilaksanakan di Sarawak ialah langkah yang bertujuan menjadikan negeri ini sebagai pemain terkemuka dunia dalam ekonomi baharu.
Lebih 100,000 daftar perniagaan menerusi SPPP hingga April
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merekodkan 110,004 peniaga mendaftarkan perniagaan menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) sejak ia diperkenalkan pada 2020 hingga 30 April lepas.
Piala Negara-Negara: Speedy Tigers atasi Kanada 4-2
Ia kemenangan sulung Speedy Tigers dalam saingan itu selepas seri dalam perlawanan pembukaan menentang Pakistan dan tewas kepada Perancis.
Terpengaruh fahaman salah punca wanita tidak mahu jalani mamogram
Fahaman dan kepercayaan salah terhadap pseudosains atau sains menjadi antara punca wanita tidak mahu melakukan pemeriksaan mamogram untuk mengesan kanser payudara.
Usul pindaan kebajikan Orang Asli dimasukkan dalam Senarai Bersama - Ramli
Ramli akan membawa usul pindaan kebajikan Orang Asli ke dalam Senarai Bersama antara kerajaan Persekutuan dan negeri bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan berkaitan pengurusan tanah dan ekonomi.
Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB
Ia susulan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program termasuk kerjasama dengan syarikat bagi menyediakan pekerjaan kepada miskin tegar.
KWSP komited sokong transformasi rangka kerja persaraan - CEO
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) komited dalam menyokong transformasi rangka kerja sistem persaraan bagi memastikan keterangkuman dan jaminan untuk semua.
UKM lonjak kedudukan ke-138 dalam QS World University Rankings
Kejayaan itu sekali gus meletakkan UKM kini di kedudukan kedua terbaik antara universiti awam dan universiti swasta di Malaysia.
Sepak takraw sudah penuhi kriteria sukan teras - Mohd Sumali
Sukan sepak takraw sudah menepati kriteria untuk disenaraikan semula ke dalam sukan teras Malaysia, menurut Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan.
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM tekad lahir lebih ramai graduan STEM
Bagi mencapai hasrat itu, pelbagai program diadakan termasuk mencipta rekod MBOR baharu sempena Mechanical Open Day and Exhibition 2024.
Mobile Legends: Syno, Unta, ComeToPapa dan Error tubuh pasukan baharu ICON MY
Penubuhan pasukan itu adalah bagi memberi saingan kepada pasukan tempatan yang lain dan seterusnya menjadi yang terbaik di rantau ini.