awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul pindaan kebajikan Orang Asli dimasukkan dalam Senarai Bersama - Ramli

Bernama
Bernama
05/06/2024
21:30 MYT
Usul pindaan kebajikan Orang Asli dimasukkan dalam Senarai Bersama - Ramli
Ramli berkata sokongan kukuh kepada Kerajaan Perpaduan ketika ini membolehkan draf rang undang-undang untuk Senarai Bersama itu diluluskan sebelum penggal berakhir. - Foto fail/BERNAMA
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Mohd Nor akan membawa usul pindaan kebajikan Orang Asli ke dalam Senarai Bersama antara kerajaan Persekutuan dan negeri bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan berkaitan pengurusan tanah dan hal ehwal ekonomi masyarakat itu.
Ramli yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata sokongan kukuh kepada Kerajaan Perpaduan ketika ini membolehkan draf rang undang-undang untuk Senarai Bersama itu diluluskan sebelum penggal berakhir.
"Matlamat kita ialah meletakkan tanggungjawab menjaga Orang Asli ini daripada Jadual Pertama iaitu tanggungjawab Persekutuan kepada tanggungjawab bersama.
"Kalau kita lihat banyak isu Orang Asli ini berkisar hal makanan. Isu tanah ialah tanggungjawab kerajaan negeri, jadi pindaan jadual itu ke Jadual Bersama (memastikan) negeri bertanggungawab. Jadi, tidaklah menjadi isu bila tanah adat Orang Asli diambil dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Perdana Batin dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) 2024 peringkat Selangor dan Kuala Lumpur di Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Damansara Damai dekat sini pada Rabu.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Sapiah Mohd Nor dan 56 Tok Batin serta 55 JPKKOA.
Ketika ini, Orang Asli dipertanggungjawabkan di bawah JAKOA yang merupakan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), namun isu pemilikan tanah yang merupakan bidang kuasa negeri, membelenggu masyarakat itu sejak sekian lama.
Justeru, bagi memberi penerangan mengenai hasrat itu, Ramli akan mengadakan siri libat urus di beberapa lokasi di seluruh Semenanjung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Orang Asli
#JAKOA
#Senarai Bersama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan