awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Model kluster pekebun kecil mampu tingkatkan pengeluaran hasil sawit - Johari

Bernama
Bernama
27/03/2024
13:48 MYT
Model kluster pekebun kecil mampu tingkatkan pengeluaran hasil sawit - Johari
Johari turut menjelaskan Malaysia tidak mempunyai tanah mencukupi untuk meneroka tapak ladang baharu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi berkata pelaksanaan model kluster pekebun kecil kelapa sawit dijangka dapat menyumbang kepada penambahan sebanyak sembilan juta tan buah tandan segar (FFB) dan 1.8 juta tan minyak sawit mentah sekiranya kesemua 1.5 juta hektar ladang kelapa sawit yang dimiliki pekebun kecil dapat disatukan dalam kluster sebesar 10,000 hektar.
Sehubungan itu, menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kementerian berkenaan kini sedang berusaha untuk menyatukan semua pekebun kecil bebas kelapa sawit dan membentuk kluster lebih besar dalam usaha meningkatkan lagi pengeluaran hasil sawit negara.
"Contohnya jika setiap pekebun kecil bebas ada empat hektar, kita kumpulkan semua jadi satu kluster dalam satu kawasan dan (jika) boleh mencapai 10,000 hektar, maka kita boleh guna amalan pengurusan ladang yang baik supaya hasil setiap hektar boleh meningkat," katanya semasa menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan daripada Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkenaan pembukaan ladang baharu untuk meningkatkan hasil kelapa sawit negara.
Johari berkata kementerian juga memberi penekanan terhadap kepentingan program penanaman semula setiap kali pokok menjangkau usia 25 tahun seperti yang diamalkan sektor swasta.
Selain itu, beliau turut menjelaskan Malaysia tidak mempunyai tanah mencukupi untuk meneroka tapak ladang baharu.
"Kita sudah tiada tanah, kita cuma ada 5.7 juta hektar untuk kelapa sawit... Kita berdepan satu standard piawaian yang dikenakan kepada negara-negara pengeluar 'edible oil' (minyak boleh makan) iaitu mana-mana kelapa sawit yang kita nak eksport mestilah datang daripada tanah yang telah diteroka hutannya sebelum tahun 2020.
"Jika tidak, kita akan dianggap sebagai negara yang tidak mengambil kira soal penebangan hutan dan ia mengganggu eksport kelapa sawit ke luar negara," katanya.
Persidangan Dewan Negara akan disambung semula Isnin depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#kelapa sawit
#pekebun kecil
#sektor swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan