Astro Publication
Wed Nov 26 2014
Dua model Lexus terbaharu sudahpun dilancarkan oleh Lexus Malaysia, masing-masing dengan bentuk coupe yang cukup menawan – Lexus RC 350 dan RC-F. Pengenalan model ini turut mengingatkan peminat dan pembeli kereta bahawa jenama ini bukan sahaja boleh dikaitkan dengan sedan-sedan mewah yang begitu selesa; tetapi keupayaan mereka untuk menghasilkan produk yang lebih sporty juga perlu dilihat dengan serius.
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki; “Lexus RC menandakan permulaan baru bagi Lexus Malaysia, dan kami amat berbangga untuk menawarkan satu daripada kereta coupe terbaik yang ada dalam pasaran global kini kepada pelanggan di Malaysia.” Kedua-dua RC-350 dan RC-F mencuri tumpuan dunia dengan penampilan reka bentuk khas Lexus dengan identiti unik, terutama rekaan gril hadapan yang luas dan menonjol.
Bagai yang dapat dijangkakan, Lexus tidak lokek dengan spesifikasi terbaik: lampu utama dan DRL kedua-duanya menggunakan teknologi LED, tempat duduk yang dihasilkan dengan kaedah ‘foaming’ bersepadu, sistem audio Mark Levinson dan yang paling unik adalah ‘TRI Touchpad’ sebagai skrin paparan dan kendalian sistem multimedia kenderaan.
Tetapi dengan penggayaan yang begitu dinamik, ramai yang ingin mengetahui apakah yang tersedia di bawah bonet enjin. Bagi varian RC-350 sebuah V6 3.5-liter dipadankan dengan kotak gear Sports Program Direct Shift 8-kelajuan. 0-100km/j dicapai dalam masa 6.3 saat sebelum ia mencapai kelajuan maksima 230km/j.
Varian RC-F pula terpasang dengan enjin 5-liter V8 yang paling berkuasa pernah dibangunkan oleh Lexus dengan output 470hp dan 530Nm. Ini adalah 12% lebih tinggi daripada prestasi yang ditunjukkan model IS-F, iaitu model yang menjadi asas kepada coupe RC terbaharu ini.
Lexus RC-F ini mencapai 100km/j daripada rehat dalam masa hanya 4.5 saat. Harga bagi RC-350 ialah RM526,000 manakala RC-F dijual pada harga RM782,000.
China, Mesir setuju promosi keamanan timur tengah
Beijing bersetuju dengan kerajaan Mesir untuk mempromosikan keamanan serta rundingan bagi mencapai kestabilan di timur tengah.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Usul baharu pecat Presiden Suk Yeol dibawa ke di Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Polis India menyiasat ancaman bom terhadap Bank rizab India (RBI)
Menurut Pegawai Kanan Polis Mumbai, Sanjay Malhotra pada Jumaat, amaran itu dihantar ke alamat e-mel rasmi Gabenor RBI yang baru dilantik.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
Model Lexus RC dan RC-F dilancarkan
Lexus Malaysia memperkenalkan unsur premium sport kepada barisan model yang dijual