Modul ‘Bina Bangsa’ yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan di semua sekolah rendah pada tahun hadapan, akan membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) serta sekolah-sekolah vernakular.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata program bersama itu akan menyaksikan penyertaan semua pelajar sekolah rendah, tidak kita dari SK atau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
“Saya sebut sebagai permulaan kita wujudkan program bersama antara SK dan sekolah vernakular.
“Himpunan pelajar salam program itu adalah untuk semua sekolah (rendah). Itu maksud saya,” katanya dalam satu mesej pesanan ringkas kepada Astro AWANI pada Khamis.
Mahdzir berkata demikian semasa menepis kenyataan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang mempersoalkan keperluan untuk modul berkenaan diperkenalkan bagi sekolah rendah vernakular apabila pendaftaran golongan bukan Bumiputera di sekolah kebangsaan berada pada paras yang rendah, buat masa ini.
Zairil, di dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, sekolah kebangsaan sebenarnya kini lebih didominasi satu bangsa berbanding dengan sekolah vernakular, terutamanya sekolah Cina.
Zairil yang juga jurucakap Parlimen DAP bagi Pendidikan, Sains dan Teknologi turut menegaskan bahawa hanya dengan mencadangkan sekolah vernakular perlu menjalani program ini, ia memberi gambaran bahawa sekolah-sekolah vernakular adalah penghalang kepada perpaduan negara.
Beliau menambah, daripada meletakkan sistem pendidikan pelbagai aliran di Malaysia sebagai penghalang perpaduan, kementerian itu harus melihat nilai-nilai yang disampaikan serta kualiti pendidikan sedia ada, terutama di sekolah kebangsaan.
Baru-baru ini dilaporkan bahawa modul 'Bina Bangsa' akan diperkenalkan untuk sekolah rendah jenis kebangsaan bagi menangani kekurangan interaksi antara kaum di kalangan pelajar.
Menurut Mahdzir, kurangnya kemasukan pelajar bukan Melayu di sekolah kebangsaan adalah kerana kewujudan sekolah-sekolah vernakular.
T K Letchumy Tamboo
Thu Sep 03 2015
Modul Bina Bangsa yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan di semua sekolah rendah pada tahun hadapan, akan membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) serta Sekolah-Sekolah Vernakular. - Gambar Fail
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Kesediaan hadir program di negeri pembangkang perlihat PM utamakan rakyat
Keterbukaan itu memperlihatkan sikap Perdana Menteri lebih mementingkan soal pembangunan dan kebajikan rakyat.
Bekas Speaker DUN Kedah meninggal dunia
Kesihatan bapanya merosot sejak dua minggu lepas dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta sebelum dipindahkan ke HSB.
Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing pasukan bola sepak Kedah antara 2004 hingga 2009 disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi.
PRN: BN Kedah akui kekalahan, terima keputusan rakyat - Mahdzir
Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan keputusan yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) kali ini.
Mahdzir Khalid kalah di Pedu
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: Pedu akan jadi hab pengeluaran getah asli, tarik minat pelabur - Tok Det
Mahdzir berhasrat untuk menjadikan Pedu sebagai lubuk pengeluaran hasil getah.
Rakyat digesa pilih pemimpin mampu tadbir - Mahdzir
Kemajuan negeri bergantung kepada hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
PRN: Gelombang penolakan terhadap BN di Kedah sudah reda - Mahdzir
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gelombang penolakan terhadap BN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas dilihat kini telah reda.
PRN: Mahdzir anggap diri calon 'underdog', mahu rampas kerusi Pedu
Situasinya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding di DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi daripada wakil rakyat Pas.
Gabungan PH, BN lancar Manifesto Perpaduan Negeri Kedah
Manifesto itu adalah hasil himpunan pemikiran bersama pimpinan BN dan PH bertujuan memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat Kedah.