awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI sedia dikembangkan ke seluruh negara - AKM

Bernama
Bernama
06/06/2024
20:15 MYT
Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI sedia dikembangkan ke seluruh negara - AKM
Anwar beramah mesra bersama para pelajar yang hadir pada Majlis Peluncuran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI di Dewan Seri Siantan Perbadanan Putrajaya, 5 Jun 2024. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk meluaskan jangkauannya ke pelbagai sektor di seluruh negara berikutan penubuhannya sebagai projek perintis melibatkan pelajar sekolah menengah.
Modul dibangunkan oleh Akademi Kebangsaan Malaysia (AKM) ini bertujuan meningkatkan patriotisme dan pengetahuan mengenai negara dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan latar belakang.
"Pelajar sekolah menengah adalah sebahagian daripada ujian rintis kami sebelum kami melancarkan modul tersebut secara rasmi, tetapi modul ini bukan khas untuk pelajar sekolah," kata jurucakap AKM Fetty Azura kepada Bernama.
Fetty menambah bahawa AKM yang berada di bawah Pejabat Perdana Menteri bertujuan menyampaikan dasar kerajaan secara komprehensif kepada pelbagai golongan termasuk belia, pegawai kerajaan, eksekutif, komuniti dan pengamal media.
"Oleh itu, modul ini direka bentuk untuk menjadi inklusif, menyasarkan pelbagai golongan dan ia terbuka kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat," menurut Fetty.
Modul ini disampaikan melalui gabungan kaedah konvensional dan pendigitalan untuk menarik pelbagai peserta terutamanya golongan belia. Ia termasuk kursus separuh hari, kursus sehari dan kursus 3 hari 2 malam.
Kaedah penyampaian termasuk kuliah, perbincangan, video interaktif, lakon peranan dan banyak lagi bagi memastikan program kekal relevan dan menarik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#patriotisme
#Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI
#pelajar sekolah menengah
#Akademi Kebangsaan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan