awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoF arah tangguh projek Jana Wibawa, teliti tatacara perolehan - Zahid

Bernama
Bernama
15/02/2023
05:52 MYT
MoF arah tangguh projek Jana Wibawa, teliti tatacara perolehan - Zahid
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan telah mengarahkan projek Jana Wibawa ditangguh pelaksanaannya bagi meneliti semula sama ada tatacara perolehannya mengikut peraturan ditetapkan perbendaharaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata penangguhan projek yang melibatkan nilai RM5.7 bilion itu kerana terdapat unsur kaedah perolehan dibuat secara tender terpilih atau runding terus.
"Projek itu telah diberikan surat setuju terima (SST), dasar Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) selaku Menteri Kewangan ialah bagi melihat semula sama ada tatacara perolehan dan tata kelola sesuatu perbelanjaan yang dikeluarkan mengikut peraturan ditetapkan," katanya ketika sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
[TERKINI] Sidang media Timbalan Perdana Menteri
Ahmad Zahid berkata kementeriannya mengambil ketetapan agar tatacara perolehan diikuti sepenuhnya termasuk membuka tender-tender supaya projek itu dilaksanakan selepas proses tender disempurnakan.
Sementara itu, beliau berkata KKDW tidak akan berkompromi terhadap pelaksanaan insfrastruktur di luar bandar terutama di kawasan terjejas banjir termasuk di Sabah dan Sarawak.
"Kita takkan berkompromi dari segi pelaksanaan terutama jeda waktu dan akan berikan keutamaan di kawasan terjejas banjir seperti jambatan runtuh, rumah terjejas dan minta pegawai kementerian dan agensi melaksanakannya dengan segera," katanya.
Beliau berkata KKDW juga berharap kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kementerian bagi memastikan setiap projek pembangunan dirancang berjalan mengikut garis panduan dan waktu ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Jana Wibawa
#MoF arah tangguh
#tatacara perolehan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan