awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhu rendah luar biasa di Florida jejaskan jadual misi angkasawan NASA ke bulan
Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar
Wanita rugi RM10,000 selepas beg galas dalam kereta dicuri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoF nafi dakwaan Petronas ambil 95 peratus hasil minyak Borneo

Bernama
Bernama
11/11/2025
10:13 MYT
MoF nafi dakwaan Petronas ambil 95 peratus hasil minyak Borneo
Amir Hamzah berkata, industri petroleum dibangunkan melalui kontrak perkongsian pengeluaran di antara Petronas dengan pelabur. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil sehingga 95 peratus hasil petroleum dari Sabah dan Sarawak, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Sebaliknya beliau berkata keuntungan yang diperoleh Petronas jauh lebih rendah daripada 10 peratus selepas mengambil kira kos operasi, modal penerokaan dan modal pengeluaran minyak serta cukai jualan.
"Industri petroleum dibangunkan melalui kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) di antara Petronas dengan pelabur.
"Dalam apa jua bentuk PSC, Petronas diwajibkan membuat bayaran tunai tetap sebanyak lima peratus kepada kerajaan Persekutuan dan lima peratus kepada kerajaan negeri berdasarkan jumlah pengeluaran kasar.
"Selepas mengambil kira bayaran 10 peratus itu, kira-kira 80 peratus hasil digunakan untuk menampung kos pengeluaran termasuk kos operasi, modal penerokaan dan modal pengeluaran," katanya ketika sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.
Amir Hamzah berkata baki kira-kira 10 peratus merupakan peruntukan kasar untuk dikongsi di antara Petronas dengan pelabur selepas cukai.
"Kerajaan negeri juga mengenakan cukai jualan sebanyak lima peratus ke atas produk petroleum yang tidak termasuk dalam angka ini," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Chiew Choon Man (PH-Miri) berhubung dakwaan Petronas mengambil sehingga 95 peratus hasil petroleum dari Sabah dan Sarawak manakala negeri-negeri itu hanya menerima lima peratus royalti sepanjang 50 tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#Kementerian Kewangan
#hasil petroleum
#Sabah
#Sarawak
#Amir Hamzah Azizan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan