awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoF sahkan tindakan undang-undang difailkan terhadap rakan kongsi KPMG PLT

Bernama
Bernama
09/07/2021
14:20 MYT
MoF sahkan tindakan undang-undang difailkan terhadap rakan kongsi KPMG PLT
MoF menjawab pertanyaan mengenai tindakan undang-undang yang difailkan terhadap firma perakaunan Malaysia, KPMG PLT. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) pada Jumaat mengesahkan writ dan pernyataan tuntutan telah difailkan terhadap 44 rakan kongsi KPMG PLT pada 6 Julai, 2021.
Jurucakap rasmi MoF berkata kerajaan Malaysia, Menteri Kewangan (Diperbadankan), 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan empat anak syarikat 1MDB merupakan plaintif dalam perkara berkenaan.
"Tuntutan tersebut berkaitan dengan kerja-kerja audit 1MDB oleh KPMG bagi tempoh 2010 hingga 2012.
"Oleh kerana kes ini sudah difailkan di mahkamah, MoF tidak dapat memberikan komen lebih lanjut bagi mematuhi peraturan sub judice," katanya dalam kenyataan di sini.
Kenyataan itu dikeluarkan MoF bagi menjawab pertanyaan mengenai tindakan undang-undang yang difailkan terhadap firma perakaunan Malaysia, KPMG PLT.
AWANI Ringkas: Kerajaan saman KPMG, tuntut AS$5.6 bilion
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOF
#Kementerian Kewangan
#tuntutan saman
#KPMG PLT
#1MDB
#audit
#mahkamah
#firma perakaunan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan