awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mogok Tambak Johor, ramai pekerja kilang jalan kaki ke tempat kerja

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
01/08/2014
03:27 MYT
Mogok Tambak Johor, ramai pekerja kilang jalan kaki ke tempat kerja
Ribuan pekerja kilang berjalan kaki memasuki Singapura ke kilang masing-masing bermula jam 6 pagi.
Kesesakan lalu lintas yang berlaku berikutan mogok yang dilancarkan oleh pengusaha-pengusaha bas awal pagi ini menyebabkan ramai pekerja kilang berjalan kaki ke tempat kerja di Singapura.
Bas-bas yang membawa pekerja kilang telah menghentikan perkhidmatan mereka di pintu masuk Kastam Johor sebagai tanda protes ke atas kenaikan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP).
Salah seorang pekerja kilang yang terlibat, Nandini Rajah, 31 berkata, aliran trafik dilihat sudah mulai sesak sekitar pukul 4:40 pagi.
“Saya keluar bekerja pukul 4:40 pagi, jalan sudah sesak kemudian semua bas berhenti tak mahu teruskan perjalanan di pintu masuk kastam” cerita Nandini ketika dihubungi Astro AWANI.
nandini
nandini
Ribuan pejalan kaki berjalan kaki memasuki Singapura - Foto Nandini
Ribuan pekerja kilang berjalan kaki memasuki Singapura ke kilang masing-masing bermula jam 8 pagi.
Ribuan pekerja kilang berjalan kaki memasuki Singapura ke kilang masing-masing bermula jam 8 pagi.
Orang ramai yang terkandas di kesesakan pagi ini - Foto Nandini
Kata Nandini, dia dan rakan-rakannya sebelum itu menunggu bas beroperasi semula, namun kemudian membuat keputusan untuk berjalan kaki ke tempat kerja.
Ribuan pekerja kilang berjalan kaki memasuki Singapura ke kilang masing-masing bermula jam 6 pagi.
Nandini memberitahu, perjalanan tadi ke kilang masing-masing mengambil masa sekitar 30 sehingga 40 minit.
Beberapa twit orang ramai yang mengeluh dengan keadaan tersebut turut dilihat trending di media sosial.
Take yur time .slowly slowly walk .enjoy the sea breeze .do a bit of exercise .late 4 work .u shalt b 4given .#BusStrike #Jb
— alibaba (@toukou) August 1, 2014
Buses on strike across causeway due to VEP toll charges #malaysia #singapore #causeway pic.twitter.com/3RQjPYGFLQ
— Rebecca (@beccaism) August 1, 2014
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. #jbbusstrike #jbbusprotest #checkpoint #causeway pic.twitter.com/0xieNG2dq1
— shing (@workaphobic) August 1, 2014
Penat penat keluar rumah at 5:30 am end up protestant block all the buses to Singapore at Malaysia Checkpoint
— chap. (@xaccapx) July 31, 2014
Terbaru, lebih kurang jam 10:30 pagi, Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) dalam Twitter rasminya melaporkan bahawa kesemua bas 160, 170, 170X dan 950 telah mula beroperasi sepenuhnya.
Update: Bus services 160, 170, 170X and 950 have resumed normal operations into Johor Bahru.
— LTA (@LTAsg) August 1, 2014
Singapura telah mengumumkan kenaikan caj VEP daripada S$20 (RM51.40) kepada S$35 (RM90) sehari.
Manakala kadar tol baharu arah masuk Malaysia bagi kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 masing-masing ialah RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80; RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50.
Topic Berkaitan
#kesesakan lalu lintas
#Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA)
#Permit Masuk Kenderaan (VEP)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan