SEREMBAN: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker dilantik sebagai ketua pembangkang Negeri Sembilan yang baharu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggantikan ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad yang dilantik sebagai ketua pembangkang pada 9 Oktober tahun lalu.
Setiausaha PN Negeri Sembilan, Muhammad Noraffendy Salleh berkata, pelantikan itu selaras dengan jawatan Mohamad Hanifah sebagai pengerusi PN negeri.
"Ia selaras dengan penstrukturan semula PN Negeri Sembilan, maka Mohamad Hanifah dengan ini diberi tanggungjawab dan amanah sebagai ketua pembangkang yang baharu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Untuk rekod, Mohamad Hanifah dilantik sebagai pengerusi PN Negeri Sembilan pada 29 Januari lalu bagi menggantikan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.
Selain itu katanya, PN negeri juga bersetuju melantik lima ADUNnya untuk memantau portfolio exco negeri.
Tambahnya, ia bertujuan untuk semak dan imbang terhadap keberkesanan tadbir urus yang baik kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 22 2024
Pelantikan itu selaras dengan jawatan Mohamad Hanifah sebagai pengerusi PN negeri. - Foto Sinar Harian
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Mohamad Hanifah dilantik ketua pembangkang PN Negeri Sembilan baharu
Pelantikan itu selaras dengan jawatan Mohamad Hanifah sebagai pengerusi PN negeri.
Eddin Syazlee dilantik Penasihat PN Negeri Sembilan
Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat PN negeri yang diadakan kali pertama tahun ini baru-baru ini.