Mahkamah Kaherah memutuskan September hadapan sebagai tarikh perbicaraan Bekas Timbalan Presiden Kerajaan Sementara Mohamed Al Baradei.

Beliau dikenakan tuduhan kerana khianat kepada negara.

Tuduhan ke atasnya difail oleh Profesor Undang-Undang di Universiti Helwan.

Menurut laporan Akhbar Al Ahram, Al Baradei berdepan dengan tindakan undang-undang selepas mengumumkan peletakan jawatan yang dipegangnya pada 14 Ogos lalu.

Beliau bertindak demikian kerana membantah tindakan tentera menggempur penunjuk perasaan pro Ikhwanul Muslimin yang meragut ribuan nyawa penduduk Mesir.

Ikuti laporan selanjutnya melalui video yang telah disediakan.