KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi tadi.
"Semoga roh Allahyarham dikurniakan husnul khatimah dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al Fatihah," katanya menerusi akaun Twitter @AzminAli pada Isnin.
Sementara itu, bercakap kepada Bernama ketika dihubungi hari ini, anak Allahyarham, Felina mengesahkan bahawa bapanya meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 7.45 pagi tadi kerana sakit tua.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Zohor, hari ini.
Syarikat hartanah milik Allahyarham ditukar nama kepada MK Land Holdings Bhd selepas disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia) pada Ogos 1999.
Allahyarham Mustapha Kamal yang dilahirkan di Kampung Changkat yang terletak di Pusing, Perak, pernah mendapat jolokan sebagai 'Raja Perumahan Mampu Milik' kerana bertanggungjawab membangunkan lebih 12,000 rumah kos rendah di Selangor dan Perak.
Pada awal kerjaya, siswazah Universiti Malaya dan penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Hartanah Lestari) dari Universiti Utara Malaysia serta Ijazah Kehormat Doktor Perniagaan dan Keusahawanan dari Universiti Teknologi MARA itu antara lain pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Petaling bagi tempoh 1971 hingga 1976.
Allahyarham juga pernah memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Tanah dan Galian, Selangor pada 1978 sebelum menyertai sektor swasta dalam bidang hartanah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022

Allahyarham dilahirkan di Kampung Changkat yang terletak di Pusing, Perak, pernah mendapat jolokan sebagai 'Raja Perumahan Mampu Milik' kerana bertanggungjawab membangunkan lebih 12,000 rumah kos rendah di Selangor dan Perak. - Gambar fail

Individu tertua di Jepun meninggal dunia pada usia 115 tahun
Hayashi, yang dilahirkan pada 2 Sept 1909, meninggal dunia pada pagi Sabtu di sebuah hospital di kampung halamannya di Toki, Wilayah Gifu.

Warga media rakan strategik kerajaan - Dr Zaliha
Warga media merupakan rakan strategik kerajaan yang berperanan membina kefahaman, memupuk perpaduan dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap hala tuju serta tindakan Kerajaan MADANI.

Industri kreatif mampu kukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia, kata Duta Besar
Industri kreatif Malaysia, khususnya dalam bidang filem dan drama, berpotensi menjadi jambatan baharu dalam memperkukuh hubungan budaya dengan Indonesia.

Kepimpinan mahasiswa perlu integriti, bijak buat keputusan - Zambry
Zambry turut menyeru mahasiswa memahami konsep "Informed Decision", iaitu membuat keputusan berpandukan fakta dan penilaian rasional, bukan dipengaruhi sentimen media sosial.

Lelaki warga emas maut dibunuh, lima lelaki ditahan
Helmi berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 3.22 petang Ahad mengenai insiden pergaduhan di pondok itu.

Maldives pelawa syarikat Malaysia teroka peluang pelaburan sektor strategik - Presiden
Maldives mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik susulan pembaharuan undang-undang di negara itu dalam usaha menarik pelabur asing.

YDF 2025 anjuran PRactitioners tingkat daya saing dalam bidang perhubungan awam
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata komunikasi strategik kini menjadi keperluan utama dalam pembangunan negara dan pertumbuhan generasi baharu.

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan.

Malaysia, Vietnam sepakat teruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar tanpa sekatan
Katanya, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan.

Kerajaan disaran guna firewall tapis aplikasi AI tidak selamat
Pembangunan AI perlu mematuhi peraturan keselamatan yang ketat dan tidak hanya bergantung kepada kawalan luaran.

Jenazah Mustapha Kamal selamat dikebumikan
Allahyarham meninggal dunia di Institusi Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.45 pagi, Isnin akibat sakit tua.

Mengenang Mustapha Kamal: Arwah sokong usaha MPI bangunkan kewartawanan - Chamil Wariya
Pengasas pemaju hartanah Emkay, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal, merupakan individu yang sangat menghargai peranan media dalam perniagaannya, kata Ketua Pegawai Eksekutif MPi Datuk Chamil Wariya.

Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi Isnin.

Jenazah Mustapha Kamal dijangka dikebumi selepas solat Zohor
Jenazah tokoh korporat ternama, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini selepas solat Zohor.

Tan Sri Mustapha Kamal meninggal dunia
Pengasas syarikat hartanah MK Land itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara awal pagi Isnin.