awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamed Nazri telah jalankan tugas sebagai duta dengan baik - Kamil

Bernama
Bernama
09/02/2025
14:11 MYT
Mohamed Nazri telah jalankan tugas sebagai duta dengan baik - Kamil
Mohamed Nazri mula memegang jawatan Duta Besar Malaysia ke AS pada 9 Februari 2023. - Astro AWANI
PADANG RENGAS: Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah melaksanakan tugas dengan baik sepanjang dua tahun perkhidmatannya di Washington, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.
Muhammad Kamil berkata hubungan dua hala antara Malaysia dengan AS dari sudut pelaburan dan perdagangan juga bertambah baik sepanjang tempoh berkenaan.
"Pelaburan baharu termasuk daripada Google umpamanya yang masuk ke negara ini membuktikan Malaysia kekal dengan dasar sedia ada walaupun dalam beberapa hal tertentu kita berpendirian jelas, khususnya berkaitan kekejaman Israel kepada penduduk Palestin dan Gaza.
"Malah, saya percaya hubungan baik ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang mengikut dasar yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya pada sidang media selepas program Sumbangan Kasih Madani Kembali ke Sekolah 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru di sini hari ini.
Mohamed Nazri mula memegang jawatan Duta Besar Malaysia ke AS pada 9 Feb 2023, dan menurut kenyataan Kementerian Luar pemilihan itu berdasarkan pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.
Semalam media melaporkan Mohamed Nazri mengesahkan kontraknya sebagai Duta Besar Malaysia ke AS tamat selepas dua tahun berkhidmat di Washington.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan
#Duta Besar Malaysia
#Amerika Syarikat
#Mohamed Nazri Abdul Aziz
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan