awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamed Salah mohon maaf Liverpool terlepas saingan Liga Juara-Juara

Astro Arena
Astro Arena
26/05/2023
00:30 MYT
Mohamed Salah mohon maaf Liverpool terlepas saingan Liga Juara-Juara
Mohamed Salah benar-benar kecewa dan menyifatkan tiada alasan sama sekali untuk kegagalan terlepas saingan Liga Juara-Juara.
SELEPAS enam musim berturut-turut beraksi dalam saingan utama Eropah Liga Juara-Juara (UCL), skuad kendalian Jurgen Klopp terpaksa menelan realiti dengan penamat di tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL).
Selepas Manchester United membenam Chelsea 4-1 awal pagi tadi, pintu kelompok empat pasukan terbaik ditutup.
Liverpool tidak melakukan aksi yang terbaik bagi menjamin tempat dalam Liga Juara-Juara dan Salah adalah pemain pertama yang bersuara - dan dia tidak berputus asa.
Menerusi mesej di media sosialnya, pemain kebangsaan Mesir itu tidak menyembunyikan perasaannya ketika dia memohon maaf kepada penyokong selepas musim yang mengecewakan.
“Saya benar-benar kecewa. Tidak ada alasan sama sekali untuk kegagalan ini,” kata Salah.
View this post on Instagram
A post shared by Mohamed Salah (@mosalah)
“Kami mempunyai segala yang kami perlukan untuk mara ke Liga Juara-Juara tahun depan dan kami gagal. Kami adalah Liverpool dan layak ke pertandingan itu adalah minimum.
“Saya minta maaf tetapi ia terlalu awal untuk pesanan yang menaikkan semangat atau bersikap optimist. Kami mengecewakan anda dan diri kami sendiri.” - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Mohamed Salah
#Salah mohon maaf
#Liverpool
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan