awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Na'im mahu MAIWP adakan bengkel etika dan pengurusan kaunter secara berkala

Bernama
Bernama
23/11/2023
10:08 MYT
Mohd Na'im mahu MAIWP adakan bengkel etika dan pengurusan kaunter secara berkala
Mohd Na'im berkata perkhidmatan kaunter yang cekap dan penuh beradab akan memberikan gambaran positif terhadap imej jabatan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Nai'm Mohktar mahu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengadakan bengkel etika dan pengurusan kaunter secara berkala bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan agensi di bawah jabatan itu.
Mohd Nai'm berkata pendedahan kakitangan agensi di bawah jabatan itu mengenai etika pengurusan kaunter yang berkualiti amat penting kerana mereka merupakan barisan hadapan serta berperanan memberi panduan dan maklumat kepada pelanggan.
Beliau berkata pendedahan seperti itu juga akan membolehkan tahap kefahaman pegawai terhadap prinsip perkhidmatan cemerlang dapat diterapkan sebagai budaya kerja yang efisien.
"Apa yang saya dapati setelah menerjah beberapa kaunter agensi dan melihat sendiri, terdapat pegawai menonton video, tidak memandang wajah pelanggan, berwajah bengis serta tidak senyum dan memakai selipar tandas ketika bertugas (di kaunter).
"Justeru itu, saya menyeru kepada semua jabatan dan agensi agar kreatif memberi perkhidmatan berkualiti kerana ia dapat memenuhi harapan dan memuaskan hati pelanggan," katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Etika dan Pengurusan Kaunter Berkualiti Tahun 2023 di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata perkhidmatan kaunter yang cekap dan penuh beradab akan memberikan gambaran positif terhadap imej jabatan.
"Agensi kita merupakan satu agensi kerajaan yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan seperti bantuan zakat, khidmat kaunseling, perniagaan, penguatkuasaan, nikah cerai, pendidikan dan bantuan perniagaan.
"Dengan ini, sudah semestinya urusan bersama pelanggan di kaunter perlu dititikberatkan kepada kepuasan pelanggan dengan memberi layanan terbaik," katanya.
Justeru, Mohd Na'im menyeru kakitangan agensi itu terutama yang bertugas di barisan hadapan supaya terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dengan melayan pelanggan secara sopan dan mengakhiri urusan mereka dengan mesra.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Nai'm Mohktar
#MAIWP
#bengkel etika dan pengurusan kaunter
#Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan