awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Na'im ke Arab Saudi bagi lawatan kerja dan tunai haji

Bernama
Bernama
19/06/2023
09:50 MYT
Mohd Na'im ke Arab Saudi bagi lawatan kerja dan tunai haji
Ketika di Arab Saudi, Mohd Na'im berkata beliau akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fauzan Muhammed Al Rabiah. -Gambar Twitter @Bernama
SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar hari ini berangkat ke Arab Saudi bagi mengadakan lawatan kerja serta menunaikan haji.
Beliau memilih untuk melaporkan diri di Kompleks Haji Sepang, Pusat Konvensyen Movenpick, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bersama-sama 283 jemaah haji lain, sebelum menaiki bas bersama jemaah berkenaan untuk ke lapangan terbang.
"Saya sendiri nak merasa, dia (Tabung Haji) ada sebut nak bawa saya terus ke KLIA, (tapi) saya rasa saya nak lalui sama macam jemaah haji yang lain," katanya kepada media di Kompleks Haji Sepang sebelum menuju ke KLIA.
Ketika di Arab Saudi, Mohd Na'im berkata beliau akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fauzan Muhammed Al Rabiah.
"Saya harap ada hasil-hasil yang baik daripada perjumpaan tersebut," katanya tanpa menyatakan butiran perbincangan dengan Tawfiq Fauzan.
Dalam pada itu, Mohd Na'im berkata setakat semalam, seramai 64 jemaah haji Malaysia sedang dirawat di hospital Tabung Haji (TH) dan hospital Arab Saudi, antaranya akibat jangkitan paru-paru susulan keadaan cuaca yang panas.
Beliau berkata TH telah mengambil inisiatif melaksanakan program pendidikan kesihatan kepada jemaah haji melalui Ziarah Rahmah, yang mana kesihatan jemaah haji diperiksa di bilik penginapan di Madinah dan Makkah.
Hampir 90 peratus penerbangan charter haji telah berlepas ke Tanah Suci dengan seramai 29,212 jemaah haji telah pun berada di Arab Saudi.
Penerbangan terakhir bagi fasa pertama membawa jemaah ke Tanah Suci akan berakhir pada Rabu ini, manakala penerbangan pertama pulang dari Tanah Suci adalah pada 6 Julai sehingga 2 Ogos depan.
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf, yang merupakan kemuncak haji, adalah pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun.
Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#jemaah haji
#Mohd Na'im Mokhtar
#lawatan kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan