JOHOR BAHRU: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Datuk Mohd Noorazam Osman dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang ke-13 berkuat kuasa hari ini.
MBJB menerusi kenyataan memaklumkan Mohd Noorazam memulakan tugasan di Menara MBJB, di sini hari ini.
"Seluruh warga kerja MBJB mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas buat Datuk Mohd Noorazam," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, KPRJ menerusi hantaran dalam laman Facebook memaklumkan bahawa Datuk Ramlee A. Rahman dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ yang baharu bagi menggantikan Mohd Noorazam.
"Sekalung tahniah diucapkan di atas pelantikan beliau sebagai Datuk Bandar MBJB yang baharu. Terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan terhadap KPRJ," menurut KPRJ.
MBJB-LANTIK 2 (AKHIR) JOHOR BAHRU
Mohd Noorazam yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ pada Jun 2018 sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Johor 2020 dan Ketua Pegawai Eksekutif Sports Johor Sdn Bhd.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Kerajaan dan Dasar Awam pada 1990 dari Northumbria University, New Castle Upon Tyne, United Kingdom itu juga mempunyai pengalaman dalam tadbir urus kerajaan negeri selama hampir 27 tahun dan kerjayanya bermula pada Mei 1991 sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor.
Beliau juga memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah Mersing pada 2017 dan Pegawai Daerah Kota Tinggi bermula 2013 sehinga 2017, selain menjadi Timbalan Pengarah Satu di Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor pada 2004 sehingga 2013 dan juga Pengurus Besar Syarikat Air Johor Sdn Bhd bermula 2004 sehingga 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 15 2021

Mohd Noorazam memulakan tugasan di Menara MBJB, di sini hari ini. - Foto Facebook MBJB

Penemuan puluhan bangkai kucing: Suspek seorang penyayang, pencinta haiwan - Jiran
Lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras dilihat sebagai seorang individu penyayang dan pencinta haiwan peliharaan itu.

Bazar Jalan Pantai meriah seawal jam 2 petang
Bazar Jalan Pantai, Sandakan meriah seawal jam 2 petang dibanjiri pengunjung pelbagai kaum dan agama. Selain menjual pelbagai juadah, tahap kebersihan bazar ini sangat memuaskan.

4,486 fakir dalam senarai TBS
Lebih 4,000 penerima bantuan sara hidup yang dikategorikan sebagai fakir disenaraikan dalam sistem pengkalan data Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan layak terima bantuan Aidilfitri.

Jaga kebajikan, KPWKM kaji kerjasama bersama KKM
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji penambahbaikan Akta Orang Papa 1997 termasuk aspek kerjasama dengan KKM.

Sasar 100 pain darah bantu kekurangan darah hospital Tawau
Kempen derma darah dianjurkan Gereja Saint Patrick Tawau bagi membantu Hospital Tawau dengan kekurangan darah sempena bulan Ramadan.

RM107.43 juta diperuntuk untuk bina kompleks OKU, warga tua
Kerajaan Sabah memperuntukkan lebih RM100 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bagi memenuhi keperluan golongan OKU dan warga tua.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Industri pembuatan songkok masih releven
Industri pembuatan songkok di Kuching masih releven dan menjanjikan pulangan memberangsangkan. Pengusaha, Siti Mariam usahakan legasi ibu mertuanya sebagai sumber pendapatan sampingan.

Aplikasi jejak Asnaf TBS bantu salur bantuan lebih efektif
Guna aplikasi Jejak Asnaf Tabung Baitulmal Sarawak bagi bantu lebih ramai yang memerlukan. Aplikasi itu dapat meningkatkan produktiviti serta kecekapan penyaluran bantuan kepada golongan sasar.

AWANI Ringkas: Sultan Johor cadangkan tanah-tanah orang Asli di Johor dijadikan tanah kesultanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Noorazam dilantik Datuk Bandar MBJB baharu
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Datuk Mohd Noorazam Osman dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang ke-13 berkuat kuasa hari ini.