KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) yang baharu.
Beliau telah mempengerusikan mesyuarat LPA kali pertama pada 13 Julai lalu.
Yayasan Peneraju dalam kenyataan hari ini berkata ahli LPA lain yang dilantik ialah Timbalan Pengerusi Yayasan Peneraju Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, bekas Ketua Pengarah Pelajaran serta Pengerusi Yayasan Sarana Pendidikan Malaysia Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, dan Pengerusi Heriot-Watt University Malaysia serta Skymind Holdings Bhd Datuk Yasmin Mahmood.
"Yayasan Peneraju, badan yang berperanan memimpin bakat bumiputera dengan kemahiran yang futureproof, mengatakan bahawa pelantikan ahli LPA baharu itu diharap dapat mempercepat aspirasi agensi itu dalam memupuk dan membangun modal insan dan menjadikan mereka berdaya saing dalam pelbagai sektor," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan tersebut selain Yayasan Peneraju, Mohd Redzuan turut menerajui empat badan kerajaan lain di bawah portfolionya iaitu Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).
"Berlatarbelakangkan sebagai jurutera awam terlatih, beliau mempunyai pengalaman luas di bidang kejuruteraan dan keusahawanan, beliau pernah berkhidmat di beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa dan sebelum ini merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
"Yayasan Peneraju optimis bahawa dengan pengalaman dan pengetahuan luas ahli LPA baharu, bersama dengan majlis penasihat industri, rakan strategik, pengurus dan rakan program serta institusi pengajian, program yang akan dilaksanakan akan terus memenuhi permintaan industri dan menyediakan peluang berpendapatan tinggi kepada semua segmen bakat bumiputera," menurut kenyataan itu.
Yayasan Peneraju adalah sebuah badan yang diberi mandat untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat bumiputera dalam ekonomi berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), profesional dan spesialis.
Yayasan Peneraju hingga kini berjaya melatih lebih 37,000 bakat seluruh Malaysia melalui 276 program pembiayaannya dan mengurangkan jurang antara permintaan industri dengan menawarkan tenaga kerja berkualiti.
Ia juga merupakan antara agensi pembiayaan utama yang membangun dan membekalkan modal insan yang kompeten dalam pelbagai bidang termasuk perakaunan, kewangan, automotif, maritim, minyak dan gas, mekatronik, serta elektrikal dan elektronik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021
Mohd Redzuan pernah berkhidmat di beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa dan sebelum ini merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. - Bernama
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
CEO Yayasan Peneraju 'kunci mulut' dakwaan dipecat
Ketika dihubungi, beliau hanya menjelaskan mengenai status kontrak yang sepatutnya berakhir Oktober 2024.
Mohd Redzuan dilantik Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju
Pelantikan ahli LPA baharu itu diharap dapat mempercepat aspirasi agensi itu dalam memupuk dan membangun modal insan dan menjadikan mereka berdaya saing dalam pelbagai sektor.
RM72 juta untuk modal insan Bumiputera tahun depan - Najib
Najib mengumumkan bahawa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) akan memperuntukkan RM72 juta untuk membangunkan kira-kira 5,000 modal insan Bumiputera tahun depan.