awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Shafie akan adakan sidang media pagi ini

Bernama
Bernama
29/07/2020
23:53 MYT
Mohd Shafie akan adakan sidang media pagi ini
Mohd Shafie Apdal. Gambar fail
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijadual mengadakan sidang media di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri, di sini, pagi ini.
Jemputan untuk menghadiri persidangan media pada pukul 10 pagi itu dihantar oleh pejabat Ketua Menteri menerusi aplikasi Whatsapp.
Difahamkan sidang media itu mempunyai kaitan dengan perkembangan politik semasa di Sabah, khususnya berhubung dakwaan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman yang beliau telah mendapat majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan negeri baharu.
LAPOR LANGSUNG: Landskap politik Sabah bergolak
Semalam, Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dalam satu sidang media di kediamannya kira-kira 6.30 petang mendakwa sudah memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti di negeri ini.
Bagaimanapun, Musa tidak memaklumkan jumlah majoriti mudah diperolehi bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan).
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ketika ini mempunyai 65 kerusi termasuk lima ADUN dilantik dan majoriti mudah semasa ialah 33 kerusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri
#Mohd Shafie Apdal
#Musa Aman
#politik
#Politik Sabah
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan