awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur

Sinar Harian
Sinar Harian
02/04/2023
04:45 MYT
Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Gambar fail BERNAMA
PUTRAJAYA : Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) pada Jumaat lepas.
"Perubahan jawatan berkenaan adalah sebahagian daripada pertukaran beberapa jawatan penting yang diputuskan dalam mesyuarat SPP.
"Pengumuman lanjut melibatkan pertukaran beberapa jawatan Ketua Polis Negeri akan dibuat oleh Urusetia Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui di Putrajaya, pada Sabtu.
Saifuddin berkata, sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim telah diumumkan sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman yang baharu.
"Justeru SPP telah memutuskan Mohd Shuhaily bagi mengisi jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur," katanya.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah diumumkan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang baharu.
"Pengarah JSJN yang baharu juga akan diumumkan oleh Urusetia PDRM," katanya.
Pada 14 Mac lalu, Urusetia PDRM mengumumkan pelantikan Azmi sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan susulan persaraan wajib penyandang jawatan itu sebelum ini, iaitu Datuk Seri Zaini Jass pada 9 Mac lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
#Ketua Polis Kuala Lumpur
#Suruhanjaya Pasukan Polis
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan