awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mongolia tawar kelas dalam talian kerana cuaca buruk, jangkitan selesema

Bernama
Bernama
18/12/2023
08:40 MYT
Mongolia tawar kelas dalam talian kerana cuaca buruk, jangkitan selesema
Wad kanak-kanak di hospital-hospital Mongolia, terutamanya di ibu negara Ulan Bator kini penuh sesak berikutan peningkatan jangkitan selesema. - Gambar hiasan
ULAN BATOR: Mongolia akan menggantikan kelas secara bersemuka untuk semua sekolah pendidikan am kepada kelas dalam talian, kata Kementerian Pendidikan dan Sains pada Isnin.
"Disebabkan musim sejuk yang teruk dan penularan selesema yang tinggi, semua pelajar dari gred satu hingga lima akan mengikuti pembelajaran dalam talian selama dua minggu bermula Isnin atau sehingga bermulanya cuti musim sejuk," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Di samping itu kelas-kelas dalam talian akan disediakan untuk pelajar gred enam hingga dua belas selama seminggu, bermula dari 25 Dis hingga bermulanya cuti musim sejuk.
Sejak awal minggu lalu, angin sejuk dari Siberia, Rusia telah melanda Mongolia, menyebabkan penurunan suhu dan membawa angin kencang dan ribut salji.
Menurut kementerian itu, wad kanak-kanak di hospital-hospital Mongolia, terutamanya di ibu negara Ulan Bator kini penuh sesak berikutan peningkatan jangkitan selesema.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mongolia
#kelas dalam talian
#selesema
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan