awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
EFL: Man City tewaskan Newcastle 3-1, mara ke final
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monopoli teksi eksekutif buatkan penumpang tiada pilihan

Tan Su Lin
Tan Su Lin
20/02/2014
23:19 MYT
Monopoli teksi eksekutif buatkan penumpang tiada pilihan
Monopoli teksi eksekutif masih lagi berleluasa di ibu negara terutamanya di pusat membeli belah terkemuka dan hotel-hotel lima bintang dimana teksi-teksi itu dilihat menguasai pengambilan penumpang.
Amalan ini dilakukan kerana teksi eksekutif telah menetapkan tambang mereka sendiri untuk kemana-mana destinasi dan tidak menggunakan meter seperti yang dilakukan oleh teksi-teksi bajet.
Tinjauan Astro AWANI di pusat membeli belah KLCC di Jalan Ampang mendapati hanya sesetengah teksi tertentu seperti teksi eksekutif sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan premis ini untuk mengambil penumpang.
Perkembangan tersebut memberikan pengunjung di tempat membeli belah tersebut tiada pilihan untuk memilih teksi yang mereka sendiri kehendaki.
Jika pengunjung masih juga berkehendakkan teksi yang kosnya agak murah atau bajet, mereka terpaksa berjalan jauh sedikit untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Suatu penyelesaian seperti pelarasan tambang teksi perlu dilakukan menikut meter tanpa mengira apa jua kelas teksi tersebut.
Pengguna secara peribadi perlu diberikan hak untuk memilih apa jua teksi tanpa mengira tempat yang mereka kunjungi itu adalah premis swasta atau persendirian kerana mereka berkehendakan kualiti meskipun perkhidmatan teksi yang diambil itu jauh lebih murah dan bajet.
Pihak berkuasa juga perlu lebih peka dan sering turun ke padang untuk menyelami rintihan pemandu-pemandu teksi ini dan mencari jalan penyelesaian menang-menang agar pengguna dapat diberikan kebebasan dalam mencari perkhidmatan teksi yang mereka sendiri kehendaki.
Jenis-jenis teksi
1. Kadar teksi bajet – RM3.00/km (10 sen untuk tambahan 115 meter berikutnya)
2. Kadar teksi premier – RM4.00/km (20 sen untuk tambahan 150 meter berikutnya)
3. Kadar teksi eksekutif – RM6.00/km (20 sen untuk tambahan 100 meter berikutnya)
Perbandingan kadar teksi di KLIA:
Limo Premium Limo Bajet Teksi Meter KLIA – KLCC RM102 RM74 RM63
KLIA – Ampang RM224 RM84 RM68
Lain-lain caj yang dikenakan kepada penumpang:
1. Tambahan 50 peratus perkhidmatan selepas pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi. 2. RM2 apabila teksi ditempah dengan telefon 3. Tambahan RM12 perjalanan ke KLIA, LCCT dan LTSI
Topic Berkaitan
#eksekutif
#KLCC
#Kuala Lumpur
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan