awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monopoli ubat: SPRM jumpa KKM selepas Raya

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
16/06/2018
08:22 MYT
Monopoli ubat: SPRM jumpa KKM selepas Raya
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki menggesa semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi sebelum siasatan dijalankan. Gambar Fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum melakukan siasatan mengenai dakwaan sebuah syarikat memiliki monopoli ke atas bekalan ubat-ubatan di negara ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, SPRM akan bertemu dengan pihak Kementerian Kesihatan selepas Hari Raya Aidilfitri bagi meneliti perkara berkenaan.
Jelasnya, isu berkenaan baharu sahaja didedahkan Khamis lalu dan berikutan itu, SPRM belum ada kesempatan untuk melakukan siasatan lanjut.
"Isu ini baru ditimbulkan di sosial media yang dipaparkan 14 Jun iaitu sehari sebelum raya. Jadi, pihak saya belum berkesempatan melihat kepada isu ini secara lebih jelas. Selepas raya kita akan berhubung dengan pihak Kementerian Kesihatan untuk melihat kepada isu ini dan kita kalau melihat kepada isu rasuah, ia dilihat di bawah undang-undang atau di bawah bidang kuasa kamI.
"Pihak saya belum ada kesempatan lagi untuk melihat perkara ini dengan lebih jelas dan hanya membacanya di portal sahaja. Kita terbuka kepada mana-mana pihak mainstream atau medial sosial. Kita tidak menyiasat portal berkenaan, kerana mereka juga mewakili masyarakat," katanya semasa dihubungi Astro AWANI hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad pada Jumaat yang mengalu-alukan siasatan oleh SPRM mengenai dakwaan sebuah syarikat memiliki monopoli ke atas bekalan ubat-ubatan di negara ini.
Isu berkenaan didedahkan sebuah portal pada Rabu lalu yang mendakwa syarikat yang dikaitkan dengan ahli politik rapat dengan kerajaan dahulu mengawal bekalan ubat bernilai berbilion ringgit.
Mengulas lanjut, Azam berkata, pendedahan dibuat portal berkenaan akan dilihat semula sama ada dakwaan monopoli berkenaan menyalahi peraturan atau sebagainya.
Azam bagaimanapun menggesa semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi sebelum siasatan dijalankan.
"Jangan buat penilaian dahulu, kita perlu lihat isu ini secara profesional," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Astro
#Astro Awani
#Azam Baki
#hari raya
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#kesihatan
#KKM
#Malaysia
#Media
#menteri
#operasi
#politik
#Rasuah
#ringgit
#siasatan
#SPRM
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan