PUTRAJAYA: Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif meliputi kesan kesihatan, kekurangan bekalan air, kebakaran hutan atau belukar, jerebu serta kekurangan hasil pertanian susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sehubungan itu semua agensi pengurusan bencana diingatkan supaya mengambil langkah aktif dalam mengurangkan risiko bencana berkaitan.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia boleh dilaksanakan melalui tadbir urus yang cekap berlandaskan pengurangan risiko bencana dalam perancangan pembangunan, guna tanah, pengurusan air dan penyelenggaraan khususnya yang tertakluk di bawah kuasa negeri.
"Perkara ini perlu diberikan penekanan bagi mengelakkan bencana daripada terus berlaku dan memastikan pembangunan mampan untuk kesejahteraan rakyat khususnya generasi akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bilangan 1/2024 di sini yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), agensi teknikal dan agensi tindak balas.
Ahmad Zahid yang juga pengerusi JPBP berkata Monsun Barat Daya dijangka membawa cuaca yang lebih kering dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan.
Menurutnya mesyuarat tersebut turut mengambil maklum Sistem Pangkalan Data HidrogeologimyGEMS milik Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta ketersediaan sumber air bawah tanah yang boleh diguna pakai sebagai sumber air alternatif termasuk untuk pemadaman kebakaran di kawasan tanah gambut.
"Terdapat 640 telaga aktif untuk kegunaan domestik serta 104 telaga di kawasan gambut dan hutan dengan kapasiti 176.13 juta liter air sehari.
"JPBN diminta mengambil langkah sewajarnya untuk bersama-sama menghadapi situasi ini dengan meminta pengendali air meningkatkan kecekapan operasi mereka serta menyediakan sokongan logistik untuk memobilisasi bekalan air ke kawasan terjejas," katanya.
Bagi operasi memadam kebakaran, beliau berkata agensi tindak balas berada pada tahap siap siaga dengan persediaan logistik sewajarnya bagi menghadapi kebakaran terbuka, dan secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan persiapan agensi kerajaan menghadapi cuaca panas serta kering semasa musim Monsun Barat Daya.
ZAHID-BENCANA 3 (AKHIR) PUTRAJAYA
Sementara itu, menurut Ahmad Zahid Jabatan Alam Sekitar telah memaklumkan sejumlah 2,030 kes pembakaran terbuka disiasat dengan sembilan kes dibawa ke mahkamah, 630 dirujuk ke agensi lain, sementara 100 kompaun berjumlah RM200,000 dikeluarkan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 April lepas.
Dalam mesyuarat sama, beliau melancarkan Buku Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) di Malaysia yang dihasilkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Kolej Pengajian Kejuruteraan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Buku garis panduan itu bertujuan memastikan program CBDRM dapat dilaksanakan secara efektif di setiap peringkat JPBN dan daerah serta menyeragamkan pelaksanaan program CBDRM di Malaysia selaras dengan matlamat membentuk sebuah komuniti yang berdaya tahan terhadapbencana melalui aktiviti kesiapsiagaan.
Garis panduan tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang NADMA di www.nadma.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024
![Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715441418_TBzahidhamidi.jpg)
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sehubungan itu semua agensi pengurusan bencana diingatkan supaya mengambil langkah aktif dalam mengurangkan risiko bencana berkaitan. - Gambar fail/BERNAMA
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715441418_TBzahidhamidi.jpg)
Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga
Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.
![Fasa peralihan monsun bermula Selasa ini - MetMalaysia Fasa peralihan monsun bermula Selasa ini - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694671735_generichujanhuja.jpg)
Fasa peralihan monsun bermula Selasa ini - MetMalaysia
Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada Selasa ini dan berterusan sehingga November.
![Monsun Barat Daya: APM wujud pasukan khas, pantau risiko bencana Monsun Barat Daya: APM wujud pasukan khas, pantau risiko bencana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679664351_BPARMIZANjpg.jpg)
Monsun Barat Daya: APM wujud pasukan khas, pantau risiko bencana
Kerajaan menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mewujudkan satu pasukan pemantauan secara rondaan di lokasi titik panas yang berisiko mengalami bencana sepanjang tempoh Monsun Barat Daya.
![Negara dijangka alami El Nino lemah bermula bulan ini - Nik Nazmi Negara dijangka alami El Nino lemah bermula bulan ini - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686131768_TBNIKNAZMINIKAHM.jpg)
Negara dijangka alami El Nino lemah bermula bulan ini - Nik Nazmi
Negara dijangka mengalami fenomena El Nino lemah bermula bulan ini dan meningkat ke tahap sederhana pada November depan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad
![Bersediakah kita hadapi El Nino? Bersediakah kita hadapi El Nino?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683762238_TBCuacaPanas.jpg)
Bersediakah kita hadapi El Nino?
Malaysia kini sudah pun terkena tempias angin Monsun Barat Daya yang terhasil daripada tekanan tinggi dari benua Australia.
![KKM laksana persiapan hadapi Monsun Barat Daya, El Nino KKM laksana persiapan hadapi Monsun Barat Daya, El Nino](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683638131_ZalihaMustafa.jpg)
KKM laksana persiapan hadapi Monsun Barat Daya, El Nino
KKM telah menggerakkan persiapan rapi di semua fasiliti kesihatan peringkat negeri dan pusat bagi menghadapi kesan Monsun Barat Daya serta fenomena El Nino.
![Monsun Barat Daya dijangka bermula 15 Mei - MetMalaysia Monsun Barat Daya dijangka bermula 15 Mei - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671693634_TBMeteor.jpg)
Monsun Barat Daya dijangka bermula 15 Mei - MetMalaysia
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.
![Fasa Peralihan Monsun dijangka mula 3 Oktober hingga November Fasa Peralihan Monsun dijangka mula 3 Oktober hingga November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664446259_TasikKenyir.jpg)
Fasa Peralihan Monsun dijangka mula 3 Oktober hingga November
Fasa Peralihan Monsun di negara ini dijangka bermula pada 3 Okt hingga November ini.
![Lebih banyak hari tanpa hujan sehingga September Lebih banyak hari tanpa hujan sehingga September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615213927_950x600.jpg)
Lebih banyak hari tanpa hujan sehingga September
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak sepanjang tempoh Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Sept.
![Taburan hujan rendah mulai 14 Mei, risiko jerebu meningkat Taburan hujan rendah mulai 14 Mei, risiko jerebu meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-09/51569104271_JerebuKL.jpg)
Taburan hujan rendah mulai 14 Mei, risiko jerebu meningkat
Taburan hujan yang rendah mulai 14 Mei ini hingga pertengahan September selaras dengan permulaan Monsun Barat Daya, kata MetMalaysia.