awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOSTI kaji regulasi syarikat pemula, mudahkan pendanaan dari luar negara - Lih Kang

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
15/03/2023
15:08 MYT
MOSTI kaji regulasi syarikat pemula, mudahkan pendanaan dari luar negara - Lih Kang
Lih Kang memberi jaminan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang mengkaji pindaan regulasi sedia ada. - Foto Facebook/Chang Lih Kang
KUALA LUMPUR: Dana pelaburan untuk syarikat pemula antara cabaran terbesar untuk melahirkan lebih banyak perusahaan berasaskan teknologi dan inovasi.
Justeru, Malaysia perlu menjadi sebuah pasaran yang mesra kepada pertumbuhan syarikat-syarikat yang berpotensi menjadi syarikat unicorn.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang mengakui keperluan untuk mewujudkan persekitaran lebih kondusif bagi percambahan syarikat pemula di Malaysia.
Lih Kang memberi jaminan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang mengkaji pindaan regulasi sedia ada bagi tujuan tersebut.
Pada masa yang sama, beliau tekankan bahawa insiatif di bawah kementeriannya sukar membuahkan hasil dalam masa singkat, sebaliknya tertumpu kepada manfaat jangka masa panjang.
MOSTI kaji regulasi syarikat pemula, mudahkan pendanaan dari luar negara - Lih Kang
“Kami akui ini isu yang berlaku. Usaha kami ketika ini adalah mencipta persekitaran yang lebih kondusif dari segi dana. Ada banyak syarikat pemula yang lebih rela ke luar negara kerana ketersediaan dana ini.
“Tetapi ada juga syarikat pemula yang ke luar negara bukan sebab dana. Sebaliknya mereka keluar dari Malaysia atas sebab polisi lebih fleksibel. Itu pun akan diteliti oleh pihak kementerian,” katanya dalam program Agenda AWANI.
Lih Kang juga menjelaskan, antara perkara yang dibangkitkan oleh syarikat-syarikat pemula di Malaysia ialah soal membawa masuk pelaburan atau dana asing bagi membiayai perusahaan mereka.
Menurutnya, hal ini juga akan diteliti oleh pihak MOSTI.
Agenda AWANI: Rencam inovasi, apa tahap kita?
Topic Berkaitan
#MOSTI
#syarikat pemula
#Syarikat Unicorn
#Chang Lih Kang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan