KUALA LUMPUR: Golongan belia disaran untuk turut bersama membina momentum tinggi dalam bidang sains, teknologi dan inovasi serta pengkomersialan bagi menzahirkan Malaysia yang berdaya saing tinggi di peringkat antarabangsa.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata berdasarkan Kajian Ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), setiap peningkatan satu peratus dalam inovasi akan menyumbang sebanyak 0.36 peratus kepada ekonomi negara yang bersamaan berbilion ringgit.
"Meningkatkan bilangan inovasi tempatan dalam sains, teknologi dan inovasi akan mewujudkan pekerjaan, menjana nilai negara yang lebih besar serta meningkatkan daya saing kita di peringkat global," katanya ketika merasmikan penutupan Seminar Belia sempena Sidang Kemuncak Tahunan PengkomersialanMalaysia (MCY) 2023 pada Sabtu.
Lebih 450 belia termasuk pelajar institusi pengajian tinggi terlibat dalam seminar anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) serta Youth Ventures Asia.
Arthur berkata MOSTI akan terus memacu agenda teknologi dan inovasi melalui keseluruhan spektrum rantaian nilai inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat.
"MOSTI membantu inovator dalam tiga peringkat iaitu peringkat awal melibatkan percambahan idea, fasa peralihan inovasi dan juga fasa permintaan matang," katanya.
Mengenai MCY, beliau menyifatkan ia sebagai antara instrumen utama bagi membolehkan kerajaan merealisasikan matlamat mempercepat pengaplikasian teknologi dan inovasi seperti yang digariskan dalam RMK12.
Arthur berkata penganjuran program seperti ini akan menjadi pemangkin dalam memastikan enam sasaran yang ditetapkan dapat direalisasi termasuk pengkomersialan 500 produk dan penyelesaian melalui MCY serta Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS) menjelang 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023
Arthur berkata MOSTI akan terus memacu agenda teknologi dan inovasi melalui keseluruhan spektrum rantaian nilai inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.
MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
'AI 4 Belia' perkasa penggunaan AI dalam kalangan anak muda - Chang
Program 'AI 4 Belia' anjuran MOSTI bertujuan memperkasakan golongan berkenaan dengan kemahiran teknologi AI dalam menghadapi cabaran pasaran pekerjaan masa hadapan.
MOSTI mulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003
MOSTI memulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003 pada awal Oktober, dalam usaha meningkatkan minat pelajar sekolah kepada bidang STEM.
24,000 pelajar sertai program Jurutera Angkasa Muda, pupuk minat stem dalam generasi pelapis
MOSTI memperkasakan minat pelajar dalam bidang STEM menerusi program Jurutera Angkasa Muda yang menyaksikan penyertaan seramai 24,000 murid dari daerah Kuala Langat.
Malaysia perlu rebut peluang dalam pasaran peranti perubatan global - Chang
Inovator dan pengeluar di Malaysia perlu merebut peluang daripada potensi besar industri peranti perubatan global, yang dijangka mencapai hampir US$800 bilion menjelang 2030, kata Menteri Sains, Tekno