awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOSTI salur dana RM33 juta untuk 13 projek penyelidikan vaksin

Bernama
Bernama
03/10/2023
01:10 MYT
MOSTI salur dana RM33 juta untuk 13 projek penyelidikan vaksin
PPVN dilancarkan pada 1 Nov 2021 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar vaksin manusia dalam tempoh 10 tahun dengan MOSTI dan Kementerian Kesihatan diberi amanah menerajui pelan itu. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyalurkan dana berjumlah RM33 juta bagi pelaksanaan 13 projek penyelidikan vaksin sejak 2021 hingga bulan Sept lepas.
Dalam kenyataan semalam, MOSTI berkata projek penyelidikan vaksin yang menerima pendanaan itu melibatkan sembilan projek di bawah dana penyelidikan strategik dan dua projek di bawah MOSTI Combating COVID-19 Fund (MCCOF).
Turut menerima dana adalah dua projek di bawah Dana Pembangunan dan Pengukuhan Penghasilan Vaksin Negara (DPVN), menurut kenyataan itu yang dikeluarkan semalam sempena mesyuarat Fraterniti Vaksin yang dipengerusikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang pada 25 Sept lepas.
Mesyuarat yang diadakan secara berkala iaitu setiap enam bulan sekali itu dihadiri pakar penyelidik, pakar dalam kajian klinikal dan pra-klinikal dan pemain industri farmaseutikal yang terlibat di dalam ekosistem pembuatan, pembangunan dan penyelidikan.
Menurut MOSTI, mesyuarat Fraterniti Vaksin dengan tujuan berkongsi pandangan, komen serta mendengar cadangan khusus berkenaan pembangunan vaksin di Malaysia dalam meningkatkan keupayaan negara sebagai pengeluar vaksin manusia berdasarkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN).
PPVN dilancarkan pada 1 November 2021 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar vaksin manusia dalam tempoh 10 tahun dengan MOSTI dan Kementerian Kesihatan (KKM) diberi amanah menerajui pelan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOSTI
#dana
#projek penyelidikan vaksin
#PPVN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan