KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyalurkan geran dan pinjaman berjumlah RM215.15 juta kepada syarikat-syarikat berkaitan minyak dan gas, sejak 2011 sehingga kini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata geran dan pinjaman tersebut untuk memastikan sektor minyak dan gas negara mendapat pembiayaan dan pinjaman yang sepatutnya.
"MOSTI menyediakan sokongan pembiayaan bagi menggalakkan penyelidikan serta aplikasi teknologi dalam industri minyak dan gas," katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian Anugerah Inovasi Perkhidmatan serta Peralatan Minyak dan Gas 2022 (OIA 2022) pada Khamis.
Beliau berkata projek penyelidikan dan pembangunan kepada Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd, MIT Innovation Sdn Bhd dan NanoMalaysia Bhd yang telah membiayai tiga projek menerusi dana TechnoFund dan Strategic Research Fund dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM7.22 juta bagi menggalakkan penyelidikan dalam industri minyak dan gas termasuk loji dalam pesisir dan penggerudian.
"Menerusi agensi pembiaya MOSTI, iaitu Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) telah membiayai dua buah syarikat bagi membangunkan teknologi berkaitan minyak dan gas menerusi dana Business Startup Fund (BSF) dengan jumlah keseluruhan pembiayaan berjumlah RM7.33 juta.
"Menerusi Malaysia Debt Ventures (MDV) pula, di bawah inisiatif Dana Teknologi Bumiputera dan MDV Venture Financing, pinjaman dengan jumlah keseluruhan RM200.6 juta telah diberikan kepada 14 buah syarikat tempatan berasaskan teknologi minyak dan gas," katanya.
Mengenai majlis tersebut, Adham berkata anugerah itu dilihat signifikan dalam mengiktiraf kecemerlangan dan prestasi inovasi individu dan syarikat tempatan sebagai kayu ukur dalam sektor minyak dan gas yang merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
"Saya percaya Anugerah OIA 2022 ini adalah cerminan usaha keras syarikat-syarikat perkhidmatan minyak dan gas Malaysia di peringkat global, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab minyak dan gas di rantau ini," katanya.
Katanya MOSTI menghargai kerja keras, tenaga dan masa yang dicurahkan oleh para peserta untuk merealisasikan idea kepada realiti.
"Saya menyeru kepada semua pemenang dan finalis agar terus berusaha untuk meningkatkan nilai komersial produk dan perkhidmatan masing-masing ke tahap yang lebih tinggi," katanya
Sebanyak lima syarikat telah menerima geran pembangunan sebanyak RM250,000 daripada Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. - Gambar fail/BERNAMA
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
MOSTI dapati kadar penembusan modal teroka Malaysia naik 0.25-0.35 peratus menjelang 2030
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengunjurkan kadar penembusan modal teroka Malaysia meningkat 0.25 hingga 0.35 peratus dan bernilai sekitar US$1.4 bilion (US$1=RM4.7) menjelang 2030.
Ekonomi hidrogen berpotensi jana pendapatan RM12 bilion menjelang 2030 - MOSTI
Fokus utama MOSTI ketika ini adalah untuk mempertingkatkan permintaan, penggunaan dan juga penjanaan hidrogen hijau.
MOSTI pastikan teknologi dan inovasi negara selaras perkembangan ekonomi
MOSTI akan memastikan pelaksanaan pelbagai inisiatif sains, teknologi dan inovasi negara berada pada landasan tepat selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
Garis panduan, kod etika guna AI siap 90 peratus - MOSTI
Garis panduan governan dan kod etika bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) sudah memasuki fasa akhir pembangunan dengan status pencapaian 90 peratus.
KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox
KKR dengan kerjasama MOSTI akan melaksanakan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar yang bakal menyelesaikan pelbagai isu.
MOSTI bakal lancar Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan - Lih Kang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melancarkan Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan (AIGE) dalam masa terdekat.
MOSTI bentang kerangka penuh kod etika AI suku pertama 2024 - Chang
MOSTI dijangka membentangkan kerangka penuh berkaitan kod etika kecerdasan buatan (AI) pada suku pertama tahun depan.
MySains permudah cara usaha promosi STI - Chang
MySains ditubuhkan sebagai satu kerjasama berpusat dalam kalangan institusi pembelajaran sains bukan formal yang bertindak sebagai pemudah cara dalam usaha mempromosikan STI.